Koleksi Sensasi

Ani Mayuni Dakwa Teruk Dipukul Suami

Hanya kerana menyuruh suaminya membeli sarapan pagi, penyanyi dangdut popular tidak lama dahulu, Ani Mayuni, telah dipukul dan diterajang oleh suaminya pada pagi kelmarin. Insiden ini dilaporkan oleh akhbar Harian Metro (HM) hari ini setelah Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

Dalam laporan tersebut, Ani memberitahu dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.00 pagi itu, suaminya telah memukul, menendang dan menghentak kepalanya ke dinding rumah sehingga menyebabkan kecederaan di kepala, tangan, dada, dan leher.

Ketika dihubungi oleh HM, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terang Bulan’ ini menjelaskan dia terpaksa membuat laporan polis terhadap suaminya itu kerana ingin melindungi diri dan mengelak kejadian sama berulang lagi. Dalam masa yang sama, Ani juga mengakui dia sebenarnya sudah tidak tahan dengan dengan sikap suaminya itu. Namun, masih mahu menyelamatkan perkahwinan mereka kerana sudah mempunyai tiga orang anak. Ani telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004.GUA.COM.MY