Koleksi Sensasi

Filem Dari Kisah Benar Yang Menyeramkan


Setakat ini, The mityville merupakan film horor terseram yang diambil dari sebuah kisah benar. Bermula dari seorang pemuda yang rentan terhadap penyalah gunaan dadah, Ronald deFeo jr (alias "Buth") yang membunuh semua ahli keluarganya pada suatu malam 14 November 1974 dengan mengunakan senjata api, di waktu semua keluarganya tertidur, pertama dia menembak ayah dan ibunya yang sedang tidur di bilik mereka, diteruskan dengan membunuh seorang adiknya. Menurut polis, deFeo membunuh semua anggota keluarganya untuk mendapatkan sejumlah wang, tetapi banyak isu-isu yang berdar bahawa Defeo melakukan pembunuhan keji itu disebabkan dia mendengar bisikan-bisikan ghaib dari roh yang ada di rumah tersebut.

Beberapa tahun kejadian setelah kejadian tersebut rumah yang menjadi peristiwa pembunuhan keluarga itu didiami oleh keluarga Lutz. Mereka menemui sebuah ruangan rahsia yang diyakini menyimpan sebuah misteri dari kejadian pembunuhan keluarga DeFeo dan tak lama setelah itu keluarga Fatz melarikan diri dari rumah tersebut tanpa alasan yang tak jelas.