Koleksi Sensasi

Hafiz Anjur Majlis Kesyukuran

Penyanyi Hafiz Suip berkata penganjuran majlis kesyukuran bersempena kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, idea penganjuran itu memang sudah dirancang sejurus kemenangan di AJL26 pada 29 Januari lalu.

Selain ahli keluarga dan teman-teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri komposer dan penulis lirik Awan Nano Datuk M. Nasir dan Budi Hekayat, komposer Aidit Alfian, penyanyi Herman Tino dan Aril Pilus, guru vokal Shafizawati Shariff dan petugas media.mstar