Koleksi Sensasi

Jantung Pisang Tanpa Daun

JANTUNG PISANG TUMBUH TANPA DAUN | Biasa kita tengok, pokok pisang ada daun, barulah keluar jantung pisang kan. Namun kejadian yang bagi ammboi pelik la juga berlaku di Yan, Kedah ni pokok pisang yang sudah dicantas tak tumbuh daun bahkan terus tumbuh jantung pisang. Dengan erti kata lain, walaupun batangnya dicantas, namun sebatang pokok pisang di Kampung Teluk Mat Acheh di sini masih mengeluarkan jantung pisang sekali gus membuatkan pemiliknya terkejut kerana tidak menduga kewujudan jantung pisang berkenaan.
Seorang pekerja am, Hashim Awang, 39, berkata, dia berpengalaman selama 15 tahun menanam pokok pisang di sekitar rumahnya namun tidak pernah mengalami perkara sedemikian. Menurutnya, pokok itu ditanam kira-kira tiga tahun lalu dan lebih sepuluh kali berbuah sebelum dicantas di bahagian tengah batang pokok pisang itu olehnya sebulan lalu. Beliau biarkan begitu sahaja selepas mencantasnya sejak sebulan lalu. Namun terkejut apabila pada Khamis lepas, beliau lihat pokok pisang itu jantungnya tumbuh tanpa mengeluarkan daun seperti kelazimannya.
Hashim berkata, dia menganggap ia sebagai satu bukti kekuasaan ALLAH SWT dan diharap memberikan rahmat kepadanya sempena Maulidur Rasul yang disambut umat Islam 5 Februari lalu. Sementara itu, isterinya, Noraskin Lat, 40, berkata, mereka akan terus memelihara pokok pisang itu bagi memantau perkembangannya terutama untuk mengetahui sama ada buahnya tumbuh atau tidak.