Koleksi Sensasi

ND Lala Tidak Sekat Shila Bercinta

Penyanyi ND Lala tidak pernah menyekat anaknya yang juga penyanyi Shila Amzah berkawan dengan mana-mana lelaki selagi ia mengikut landasan yang betul.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebagai bapa, dia memberikan kebebasan dan ruang kepada Shila untuk menjalani proses normal yang dilalui oleh golongan muda-mudi.

Ketika ditanya berhubung kemesraan Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan sering mencanangkan hubungan mereka di laman sosial Twitter, penyanyi lagu Diari YB itu berkata dia tidak boleh menghalang persepsi dan pandangan orang ramai mengenai senario itu.mstar