Koleksi Sensasi

Putus Tangan Kerana RM500

IPOH: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM500, seorang buruh putus tangan kiri dan cedera teruk di seluruh badan akibat diserang lima lelaki berhampiran Pangsapuri First Garden, Silibin.

Kejadian pada jam 7 malam itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, lari menyelamatkan diri dengan meninggalkan tangan kirinya yang putus akibat ditetak dengan pisau memotong daging.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, gagal menyambung semula tangan kiri mangsa yang putus itu.

Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Susilawaty berkata, seminggu sebelum kejadian beberapa individu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang RM500 daripada suami. “Bagaimanapun suami saya merayu diberikan tempoh sedikit masa lagi memandangkan pekerjaan dan gajinya tidak menentu,” katanya.