Koleksi Sensasi

Ananda Krishnan Melawat Anak Dalam Hutan

Gambar-gambar ini dirakamkan oleh akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh. Dimana jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera , Pulau Pinang. 

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu. Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya. Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya. Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes. Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia. Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro). – The Star/ Foto Kwong Wah Yit Poh