Koleksi Sensasi

Inilah Kereta Proton Prevere

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) bergambar bersama model terbaru kereta nasional Proton Prevere di Majlis Pelancaran Proton Preve di Seri Kembangan. Turut hadir bekas Perdana Menteri selaku penasihat Proton, Tun Mahathir Mohamad (kanan), Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga dari kiri). Model Preve ini berharga dari RM72,990 untuk variasi Premium, RM62,990 untuk Executive CVT dan RM59,990 untuk Executive dengan transmisi manual.-Foto BERNAMA