Koleksi Sensasi

Kisah Pengayuh Beca Sebelah Tangan

Abdul Rahman Konok, 70, adalah seorang pengayuh beca yang cacat. Beliau kehilangan sebelah tangan kanan akibat dari kanser.

Pada usia begitu, beliau sepatutnya sudah boleh berehat di rumah. Namun akibat dari kesempitan hidup dan hanya beliau sumber pendapatan keluarga, beliau teruskan pekerjaan ini demi kelangsungan hidup.

Pendapatan beliau hanya sekitar RM15 sehari dan ini hanya mencukupi untuk perbelanjaan harian untuk beliau dan isteri.

Keperitan dan kesukaran hidup beliau bertambah apabila cucu-cucunya seramai empat orang yang berumur antara 8 hingga 16 tahun hidup bersama beliau semenjak tahun lepas. Walaupun anaknya ada menghantar wang setiap bulan namun ia hanya dalam jumlah yang kecil.

Itulah kisah seorang pengayuh beca yang sukar hidupnya. Aku kira kesusahan beliau ini lebih akibat dari anaknya yang lebih mementingkan diri dari memikirkan hidup ibu bapanya.

Anaknya hanya memikirkan tentang kesusahan mereka saja. Ini belum lagi bagaimana mereka mengabaikan kasih sayang terhadap anak-anak yang dihantar ke kampung.

Bagaimana wajar seorang yang sudah tua dan cacat pula, diletakkan tanggungjawab menyara cucu yang sedang membesar dan di alam persekolahan. Di mana kesedaran dan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa dan keluarga?Sumber:asiaone