Koleksi Sensasi

Misteri Mawar Putih


Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang Kedah mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita berwajah hodoh setiap kali berlaku kes histeria.
Pada tahun ini sahaja sekolah itu telah mengalami lima kejadian histeria.
Antara saksi kelibat wanita yang mendakwa dirinya bernama Mawar Putih itu ialah pelajar tingkatan dua yang hanya mahu dikenali Intan Kasim.
Menurut Intan, makhluk itu mempunyai susuk tubuh seperti wanita dewasa, memiliki raut wajah cantik di bahagian kanan tetapi hodoh pada sebelah kiri selain sekuntum bunga mawar terselit di telinga kanannya.
Katanya, bahagian wajah yang hodoh itu ditutup dengan kain selendang yang dipakainya. Intan mendakwa makhluk itu bercakap menggunakan bahasa istana.