Koleksi Sensasi

Ibu 90 Tahun Bekerja Demi Anak


Seorang wanita berusia 90 tahun, Li Xiuying mengutip botol plastik untuk dijual di pusat kitar semula. Xiuying turut mengutip barang lain yang ditemuinya dekat pusat beli-belah sebelum dikumpulkan untuk dijual di pusat kitar semula.
Wang yang diperoleh hasil jualan itu akan digunakannya untuk membeli ubat-ubatan untuk seorang anak perempuannya berusia 74 tahun yang sakit. Anak perempuannya itu tinggal bersamanya di sebuah rumah.
Xiuying menyimpan barang-barang yang ditemuinya itu di dalam rumahnya sebelum ia dijual di pusat kitar semula. – Agensi