Koleksi Sensasi

Syiling Emas Gergasi


Kilang duit siling Perth Mint di Australia semalam memperkenalkan sekeping duit syiling emas yang didakwanya terbesar di dunia. Siling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta). Sebelah siling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. Manakala sebelah bahagian lagi memiliki profil ketua negara Britain iaitu Ratu Elizabeth II.

Siling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang telah dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II. Siling gergasi seberat 1,012 kg itu mengandungi 99.9% emas tulen. Lebar siling itu hampir 80sm, sementara tebalnya ialah 12sm. Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan siling tersebut selama 18 bulan.