Koleksi Sensasi

Batang Logam Tersusuk Di Dada

Seorang pekerja buruh China terkena tusukan beberapa batang bar logam ketika sedang bekerja di tempat pembinaan jambatan di Taizhou, Provinsi Zhejiang, timur China. Bar logam itu berputar keluar dari sebuah mesin dengan kadar kelajuan tinggi yang kemudian mengenai bahagian dada tembus ke belakang bahu kiri lelaki bernama Zheng itu. Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan namun terpaksa dipindahkan dua kali sebelum doktor yakin dengan cara terbaik untuk menyelamatkannya. Zheng selamat an kini masih dalam rawatan rapi.