Koleksi Sensasi

Lindsay Lohan Kemalangan


Amerika Syarikat (AS) - Polis AS menyatakan, kereta sport yang dipandu aktres Lindsay Lohan (gambar) merempuh belakang lori satu dalam nahas jalan raya.
Seorang anggota polis, Sarjan Richard Lewis berkata, kereta Porsche milik aktres Mean Girls itu terlibat dalam kemalangan di Lebuh raya Pantai Pasifik, dekat sini sekitar pukul 11.40 pagi waktu AS.
Menurutnya, siasatan awal mendapati Lohan dan pemandu lori tidak menunjukkan tanda-tanda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol semasa kejadian.
Merujuk insiden tersebut, jurucakap Lohan, Steve Honig memberitahu, aktres berusia 25 tahun itu dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi dibenarkan pulang dua jam kemudian.
Tambahnya, Lohan kini kembali meneruskan penggambaran filem terbaharunya, Liz and Dick.
Filem romantik tersebut mengisahkan percintaan antara aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor bersama aktor Richard Burton. - Agensi