Koleksi Sensasi

Shila Labur RM40k Untuk Album


Demi mengukuhkan lagi tapak kerjaya seni nyanyian, penyanyi Shila Amzah berani mengambil risiko dengan melaburkan hampir RM40,000 untuk menerbitkan albumnya sendiri.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata kesanggupannya itu disebabkan kerana ingin menguatkan profil kerjaya nyanyiannya selain enggan mengecewakan peminat-peminat yang sudah lama menunggu kemunculan album terbaru.

Tambah Shila, sebagai penyanyi muda yang masih lagi belajar mengenai selok-belok dalam pengurusan perniagaan muzik, albumnya itu akan dibuat secara berperingkat agar mendapat hasil yang berkualiti.mstar