Koleksi Sensasi

Wanita Ini Tidak Boleh Tidur Tanpa Hair Dryer



Pengering rambut / hair dryer hanyalah satu alat untuk mengeringkan rambut terutamanya bagi kaum wanita. Tetapi, wanita ini memerlukan hair dryer untuk membolehkan dia tidur dengan nyenyak. Wanita ini dikenali sebagai Lori Broady, 31, menyatakan sudah bertahun-tahun dia tidur dengan hair dryernya dan juga lampunya hidup sepanjang malam. Dia juga mengaku telah tidur bersama-sama hair dryer sejak berumur 8 tahun.Oleh kerana itulah Lori Broady tidak boleh tidur dengan nyenyak tanpa hair dryer.

Ketika zaman kanak-kanak, Lori Broady mempunyai 10 orang adik beradik dan antara cara untuk menghilangkan keriuhan mereka yang lain semasa tidur adalah dengan menghidupkan hairdryer tersebut. Ia sudah menjadi menjadi hobi Lori Broady sejak dia kecil lagi. Dia juga ternyata tidak rasa malu dengan hobi itu tetapi bimbang jika berlakunya litar pintas kerana hair dryer menggunakan kuasa elektrik yang agak tinggi.