Koleksi Sensasi

Will Smith Larang Anak Bercinta Sehingga Usia 40 Tahun


PELAKON Will Smith memberitahu tidak akan membenarkan anak perempuannya, Willow Smith yang baru berusia 11 tahun untuk bercinta dengan lelaki sehingga umurnya 40 tahun.
Smith dilaporkan berkata, dia akan mengawasi perkembangan dan pergaulan anak perempuannya itu dan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki menyakiti anak kesayangannya itu.
"Jika Willow membawa lelaki balik ke rumah saya akan mengamati dan bertanya tentang segala-galanya tentang dia. Jika saya yakin baru Willow dibenarkan untuk bercinta dengan lelaki tersebut," ujarnya.
Smith sebelum ini juga pernah memberi amaran kepada sesiapa yang berani menggangu anak dan keluarganya akan menerima akibat terutama anak perempuannya.
Willow juga adalah seorang penyanyi dan pernah bekerjasama dengan bintang-bintang besar seperti Nicki Minaj.mstar