Koleksi Sensasi

Beginilah Rupa Lorong Dadah


LOS ANGELES - Sebuah terowong untuk menyeludup dadah yang dilengkapi lampu dan ruang pengaliran udara ditemui di bandar San Luis, Arizona Amerika Syarikat (AS) yang bersempadan dengan Mexico, kata beberapa pegawai.
Tiga orang ditangkap dalam operasi yang dilakukan oleh agensi-agensi penguat kuasa undang-undang AS. Terowong itu setinggi 1.8 meter dan menuju ke sempadan Mexico. Laluan masuk ke terowong itu ditemui di bawah tangki air di sebuah bilik stor di dalam sebuah bangunan satu tingkat di San Luis.
Askar-askar Mexico turut menemui sebuah lagi terowong dadah yang sedang dalam pembinaan di bawah sinki di sebuah rumah gudang di Tijuana, 300 meter dari sempadan Arizona. - AFP