Koleksi Sensasi

Bongkar Rahsia Pengakap Dan Kaitannya Dengan Agama

Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bungaFleur-de-lis kepada logo Pengakap.

Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia

Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap
Simbol Fleur-de-lis

Fleur-de-lis pada baju Marie de medici
Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur(Bunga) dan lis (Lili).Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis jugatelah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.
Agama dan Perang
Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arcyang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.

Simbol Fleur-de-lis pada Pope
Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dariPerawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakiliTritunggal Kudus (Holy Trinity).
Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).

Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis
Penjenamaan Semula Pengakap
Secara dasarnya, aktiviti Pengakap adalah positif dalam membentuk jatidiri dan kendiri seseorang dalam mengharungi rintangan dan cabaran terutamanya sewaktu berada di dalam keadaan darurat atau sesat di dalam hutan. Namun begitu, terdapat beberapa unsur-unsur keagamaan perlu dibersihkan agar ia tidak melambangkan sesuatu anutan atau fahaman agama. Perkara ini adalah penting kerana kita tidak mahu orang Islam yang mengikuti pertubuhan ini secara HALUS telah menggadaikan AQIDAH danSYARIAT Islam yang menjadi IKTIKAD kita. Kalau disalah ertikan, ia boleh membawa kepada MURTAD.

Logo dan penampilan KRS mengikut acuan Malaysia
Oleh itu, satu proses“PENJENAMAAN SEMULA” Pengakap perlu dibuat agar ia BEBAS dari semua elemenSYUBAHAH. Kalau boleh nama Pengakap hendaklah diubahsuai kepada nama lain, logo direka semula dan budaya-budaya dalaman diubahsuai agar sesuai untuk disertai oleh pelajar atau orang Islam. Perkara ini tidak sukar dilakukan. Misalnya penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebuah pertubuhan unit beruniform baru ala-kadet di mana KRS ditubuhkan dengan sistem yang tersendiri dan penjenamaan sendiri walaupun sekilas pandang kelihatan ia seperti unit beruniform Kadet Bersatu.
Adakah kita sanggup melihat SIMBOL AGAMA bukan Islam melekat di dada baju anak-anak kita? Dan diusung ke merata tempat tanpa si pemakai mengetahui asal-usul SIMBOL tersebut? Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan agar PENGAKAP diHARAMkan tetapi perlunya penapisan yang sangat HALUS terhadap elemen-elemennya agar KEBAIKANdan MANFAAT daripadanya dapat diserap manakala KEKURANGAN dan MUDARAT yang tidak KELIHATAN dapat dielakkan.
http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/06/01/logo-pengakap-dan-unsur-keagamaan-kristian/