Koleksi Sensasi

Bulan Kelima Pluto Ditemui


WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui bulan kelima yang mengelilingi planet Pluto, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan. Bulan itu diberi nama jolokan P5 buat sementara waktu.

Ia mempunyai diameter kira-kira 10 hingga 24 kilometer. Ahli-ahli astronomi itu menemui bulan tersebut dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble. Pada tahun lalu, sekumpulan ahli astronomi melaporkan penemuan bulan keempat planet tersebut yang dikenali sebagai P4. Bulan terbesar Pluto ialah Charon ditemui pada tahun 1978.

Dua lagi bulan, Nix dan Hydra ditemui pada tahun 2005. Pluto diklasifikasikan sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Planet itu selebar 2,301 kilometer. - Agensi