Koleksi Sensasi

Kemelut Neelofa, Anzalna Selesai..Tetapi

Neelofa memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang kerana menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir.

Neelofa tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna kerana aktres itu sudah melaksanakan tanggungjawabnya memohon maaf ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan di akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.

Neelofa berkata demikian selepas sidang media permohonan maaf daripada Anzalna kepadanya di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, semalam.


gambar portal GUA
Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit.

Neelofa berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.

Sementara itu pada majlis tersebut, butir-butir mengenai syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan tidak didedahkan atas alasan sulit dan peribadi.

Kedua-dua aktres itu bagaimanapun tidak bersemuka atau bersalaman selepas sidang media berkenaan.

Anzalna dilihat pantas meninggalkan majlis tanpa sempat ditemu ramah dengan alasan dia sedang bergegas ke lokasi penggambaran drama di Shah Alam. -mStar