Koleksi Sensasi

Kereta Ketua Gangster Dilelong


PLYMOUTH - Sebuah kereta Cadillac V-8 buatan tahun 1928 yang pernah menjadi milik ketua gengster terkenal di Amerika Syarikat, Al Capone akan dilelong.Agensi lelongan RM Auctions akan melelong kereta tersebut pada 28 Julai 2012.

Kereta itu dijangka dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta).Ia merupakan antara kereta kalis peluru yang terawal pernah dihasilkan. Cermin kereta itu setebal hampir 25.4 milimeter.