Koleksi Sensasi

Ibu Ini Tidak Sengaja Menembak Anaknya Dengan Pistol


Merokok memang berbahaya untuk kesihatan, namun merokok dengan menggunakan pemetik api pistol sangat berbahaya juga. Kejadian ini berlaku secara tida sengaja ketika Rachel Avila, 30 bersama dengan anak gadisnya yang berumur 12 tahun, sedang berbual dengan rakannya di depan tempat tinggal mereka di Banning, California. Avila melihat sepucuk pistol terletak di tanah dan cuba menyalakan rokok miliknya dengan pistol yang disangkanya adalah sebuah pemetik api itu.

Ketika picunya ditekan sekali, pistol itu tidak bereaksi apa-apa. Akhirnya pada kali yang kedua pistol itu memuntahkan peluru kaliber .22 yang tertembak ke tanah kemudian memantul dan mengenai lengan atas anaknya itu.

Gadis kecil itu segera dibawa ke hospital San Gorgonio Memorial untuk dirawat, dan untungnya luka tersebut tidak serius.

Pistol yang disangka pemetik itu adalah Derringer, sebuah pistol jenis revolver yang termasuk dalam golongan pistol kecil paling bahaya. Polis hingga kini masih mencari siapa pemilik senjata api tersebut.