Koleksi Sensasi

Itu Ialah Nabi Khaidir..


MAJLIS ILMU SYEIKH SOLEH AL-JA'FARI DI MASJID AL-AZHAR ASY SYARIF DIHADIRI OLEH NABI KHIDIR ALAIHISSALAM.GAMBAR MENUNJUKKAN SYEIKH SOLEH AL-JA'FARI MENYAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID AL-AZHAR ASY SYARIF SUATU KETIKA DAHULU.:-)

Satu ketika sewaktu menyampaikan pengajian Jumaatnya, seorang lelaki bertanya kepada Syeikh Soleh, “Wahai syeikh! Bolehkah Nabi Khaidir (a.s) menyerupai sifat seorang lelaki atau ia bersifat dengan sifat-sifat tertentu?” Belum sempat syeikh menjawab, datang seorang lelaki. 

Nampak padanya seorang yang mempunyai hajat maka syeikh mendahulukannya. Setelah lelaki tadi beredar, syeikh berpaling kepada orang yang bertanya soalan tadi lalu bertanya, “Apakah yang kamu tanya tadi?” Lalu lelaki tadi mengulangi soalan dan jawab syeikh, “Lelaki yang bertanya aku selepas kau tadi itu ialah Nabi Khaidir (a.s).” Terkejut dengan jawapan syeikh, lelaki tadi mencari-cari kiri dan kanan akan tapi tidak menemuinya!