Koleksi Sensasi

Kereta Elektrik Sudah Ada Pada Tahun 1906


SYDNEY, Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS).

Lloyd, 61, menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah dimilikinya. Menurutnya, terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Elektrik Anderson di Detroit, AS dari tahun 1906 hingga 1940.

Bagaimanapun, hanya terdapat empat buah kereta tersebut yang masih boleh digunakan di Australia. Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 40 kilometer sejam. Bateri kenderaan tersebut perlu dicas selepas bergerak sejauh 80 kilometer. - AFP