Koleksi Sensasi

Wanita Ini Sengaja Mebakar Tas Tangan Yang Mahal


Hermes Birkin, beg ini jadi idaman ramai wanita di seluruh dunia. Namun, Francesca Eastwood telah membakar tas tangan tersebut dan ternyata dia sengaja melakukannya!

Bersama dengan kekasihnya, Tyler Shields, anak aktor Clint Eastwood itu, bekerjasama untuk membakarnya. Mereka memang ingin membuat koleksi foto indah dari kerosakan beg mewah yang dibuat dari kulit buaya berkualiti tinggi tersebut.

Tyler Shields yang bekerja sebagai jurugambar, memberitahu yang dirinya dan Francesca melakukannya atas nama seni. Beg Birkin tersebut dikatakan beharga US$100.000 . Terbuat dari kulit buaya dan berwarna merah, sangat cantik.

Ini bukan kali pertama Shields membuat rangkaian photographic art dengan membakar benda mewah. Sebelumnya, dia juga membakar kasut koleksi butik Christian Louboutin.