Koleksi Sensasi

Ikan Paus Mati Diserang Jerung


CAPE TOWN - Bangkai seekor ikan paus gergasi sepanjang 30 meter ditemui terdampar di tepi pantai dekat sini, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Haiwan tersebut dipercayai mati akibat diserang oleh beberapa ekor ikan jerung putih pada beberapa hari lalu.

Ikan paus yang mati itu akan dihantar ke pusat pembuangan bangkai haiwan di Vissershok di sini.

Bangkai ikan itu dihanyutkan ombak ke pantai Muizenberg.

Jurucakap Pusat Pengurusan Risiko Bencana Cape Town, Wilfred Solomons-Johannes berkata, dia belum mengetahui sama ada haiwan itu masih hidup semasa diserang ikan jerung putih.

Pantai itu terkenal dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung tersebut.