Koleksi Sensasi

Labu Paling Berat


TELUK HALF MOON, California - Seorang petani dari Oregon, Thad Starr memenangi pertandingan buah labu paling berat. Buah labu milik Starr, 45, itu seberat 805 kilogram.

Ekoran kemenangan itu, dia memperoleh wang tunai berjumlah AS$10,650 (RM32,700). Menurutnya, dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya melancong ke Disneyland. - AP