Koleksi Sensasi

Pemandu Gila Sengaja Langgar Pejalan Kaki


LONDON: Beberapa kejadian langgar lari di bandar Cardiff kelmarin, menyebabkan seorang wanita maut dan 11 pejalan kaki termasuk tujuh cedera.

Saksi berkata, pemandu sengaja melanggar ibu bapa yang membawa anak mereka pulang dari sekolah. 
Polis South Wales berkata, seorang wanita berusia 32 tahun maut dan mangsa yang lain dibawa ke hospital untuk rawatan. 

Seorang lelaki yang tidak dikenali berusia 31 tahun ditahan, dan sebuah van dirampas. Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lima kejadian langgar lari berasingan berlaku di sekitar bandar, dilaporkan.

Pengusaha sebuah kedai, Ramesh Patel berkata, “Sebuah van warna putih sengaja dipandu ke arah orang ramai.”

Kejadian itu berlaku ketika ibu bapa datang mengambil anak mereka di sekolah. - AP