Koleksi Sensasi

Pemandu Teksi KL Paling Teruk Dalam Dunia


Reputasi Pemandu Teksi KL Paling Teruk Dalam Dunia ! Reputasi pemandu di Kuala Lumpur bukan sahaja di persoalkan oleh penduduk tempatan sendiri, bahkan di cop sebagai terburuk dalam beberapa tinjauan yang di lakukan oleh wartawan Mstar. Ikuti info yang akan didedahkan oleh wartawan Mstar ini.

KUALA LUMPUR: Hanya mengunakan beg selimpang, beg kamera kosong di leher dan mengenakan seluar longgar saya berlagak untuk menjadi sebahagian pelancong Mat Salleh.

Saya dilahirkan dalam keturunan campuran British Cina Malaysia, saya ditugaskan untuk “menyamar” sebagai pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur, yang dikatakan mempunyai reputasi pemandu teksi paling teruk di dunia, menurut LondonCabs.co.uk.

Laman web popular TripAdvisor juga memberi amaran kepada pelancong agar berwaspada dengan pemandu teksi di KL yang “enggan menggunakan meter”.

Memetik laporan TripAdvisor ”umumnya ia seperti serupa dengan rompakan di siang hari, dan apabila tawar-menawar berlaku, ia dibalas dengan isyarat yang kasar atau bahasa kesat …”.