Koleksi Sensasi

PSY Buat Konsert Percuma


SEOUL - Lebih 8,000 orang peminat menyaksikan konsert percuma Psy yang terkenal dengan tarian kuda di sebuah stadium, lapor portal berita ITN.

Psy atau nama sebenarnya Park Jai-sang menjadi fenomena global apabila muzik video Gangnam Style yang menunjukkan dia menari tarian kuda itu dilihat oleh lebih 300 juta kali di laman YouTube sejak dimuat naik pada 15 Julai 2012.

Portal hiburan KpopStarz melaporkan, konsert tersebut adalah yang pertama buat Psy dalam tempoh dua bulan.

Menurut Psy, sebelum ini dia banyak membuat persembahan di luar negara.

Konsert itu diadakan secara percuma bagi menghargai sokongan para peminatnya.

Sementara itu, Psy, 34, menyatakan darah beku berlaku pada kedua-dua kakinya selepas dia menari tarian kuda pada konsert yang berlangsung selama tiga jam.

Menurutnya, dia menggunakan rawatan akupunktur yang menggunakan 40 batang jarum yang cucuk di kakinya itu. - Agensi