Koleksi Sensasi

Sokongan Suharto Membawa Rebah


KLANG - Semangat membara seorang ejen insurans, Suharto Abdullah melihat pasukan kesayangannya, The Red Warriors menang dan mara ke akhir Piala Malaysia 2012 tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia sewaktu bersama-sama dengan 75,000 penonton menyaksikan perlawanan Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam.

Walaupun perlawanan itu berkesudahan dengan Kelantan menang 2-0, Suharto, 45, tidak sempat meraikannya kerana beliau meninggal dunia pada pukul 10 malam, kira-kira 30 minit sebelum Kelantan membuka jaringan.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh penyerang import, Mohamad Ghaddar pada minit ke-85 manakala jaringan kedua disempurnakan oleh Mohd. Badri Mohd. Radzi pada minit terakhir.

Allahyarham yang tinggal di Taman Uda Permai, Pengkalan Chepa, Kelantan menaiki pesawat penerbangan tambang murah, Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 3 petang bersama dua orang rakan.