Koleksi Sensasi

Bas Lama Ini Dijadikan Restoran


SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang. Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran. Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut. Hidangan makanan akan dihantar oleh pelayan untuk para pelanggan restoran unik itu. Restoran bas itu terletak di sebuah pekarangan kediaman lama. - Agensi