Koleksi Sensasi

Bernafsu Dengan Wanita Berseragam


TOKYO: Seorang lelaki yang suka mengintai menggunakan kamera berbentuk pen
untuk mengambil gambar dari bawah skirt kru kabin wanita dalam penerbangan domestik di Jepun, berjaya mengelak daripada didakwa selepas pihak pendakwa raya gagal membuat keputusan di ruang udara wilayah mana pesawat itu berada waktu kesalahan itu dilakukan.

Menurut laporan di laman web akhbar Asahi, lelaki berusia 34 tahun itu menjulurklan tangannya dengan kamera kecil ketika duduk dan mengambil gambar kru kabin wanita. 
Ketika ditangkap, lelaki itu mengaku, berasa “bernafsu dengan wanita berseragam.”

Lelaki itu dalam pesawat Penerbangan Jepun dari Takamatsu ke barat daya Tokyo, bulan lalu, menurut laporan awal Kyodo News. - AFP