Koleksi Sensasi

Hukuman Untuk Bush


VIENNA - PBB memaksa kerajaan AS akan melakukan penyelidikan dan memberikan hukuman seberatnya kepada Bush, namun juga kepada para peguam dalam pemerintahannya yang dianggap memegang peranan penting dalam mengesahkan polisi-polisi kejam, terutama teknik penyeksaan kepada para tawanan yang mereka tuduh sebagai pengganas.

Awal minggu ini, pentadbiran Obama yang membuka pintu mereka meluas bagi menyiasat jenayah Bush selama jawatannya, termasuk para pegawainya sendiri, walaupun menolak untuk memberikan hukuman kepada CIA yang dianggapnya hanya melaksanakan tugas.

Manfred Nowak, salah seorang reporter PBB di Geneva, mengatakan Washington juga mempunyai kuasa penuh di bawah jaminan PBB dalam menyiasat Jabatan Kehakiman AS yang menulis memo untuk melaksanakan penyeksaan, dan menghalalkan CIA dalam menggunakan teknik soal siasat yang masih dipersoalkan.

"Itulah apa yang saya sebut kekacauan dalam penyertaan, penyeksaan sebagai sebahagian dari perintah," kata Nowak dalam sebuah persidangan. "Pada saat itu, sesiapa pun pasti tahu bahawa teknik" water-boarding "(menenggelamkan kepala tahanan ke dalam air) merupakan bentuk penyeksaan."

Nowak, yang juga merupakan seorang pakar undang-undang berasal dari Austria, mengatakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab mahkamah AS untuk membuktikan bahawa memo tersebut merupakan perintah penyeksaan.

Nowak dan beberapa pakar lain menuturkan, kegagalan melakukan penyelidikan kerana kehilangan beberapa barang bukti.

"Jika seharusnya mendapat hukuman yang setimpal, maka pemerintahan Obama harus segera mencari lebih banyak barang bukti yang dapat menyudutkan mereka, dan dengan segera 145 negara bahagian dapat membendung para pegawai pemerintahan Bush secara universal," tambah Nowak.

Itu bermakna pemerintahan mempunyai kuasa penuh dalam menahan secara personal jika mereka diyakini mempunyai peranan dalam menjalankan kejahatan Bush, dan Wahington harus memastikan mereka mendapat hukuman setimpal.

Nowak menuturkan bahawa jarang sekali ditemui kes sepeti ini dalam dunia antarabangsa, di mana sebuah negara menganggap penyeksaan sebagai bentuk perlindungan kepada rakyatnya.

Minggu lalu, Obama telah menerbitkan sebuah memo yang diyakini menjadi "surat arahan" Bush dalam melaksanakan penyeksaan.

Menyokong hal tersebut, Pentagon juga akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 2,000 imej bukti penyeksaan tahanan Guantanamo, termasuk diantaranya penyeksaan yang dilakukan tentera AS selama melakuakn serbuan di Afghanistan dan Iraq.

Kajian tersebut merupakan yang pertama kalinya sejak imej penyeksaan tahanan Abu Ghraib di Iraq.

Kajian tersebut juga merupakan dari penyerahan perkara undang-undang oleh Persatuan Kemerdekaan Sivil Amerika (ACLU).

Mahkamah persekutuan yang berpusat di New York juga menuntut tentera AS akan mengeluarkan bukti penyeksaan, sehingga tidak ada lagi dolak dalih kepada tuduhan tersebut.

"Walaupun pemerintahan Bush menolaknya, bukti yang ada akan segera menghumban ke penjara," kata Amrit Singh, peguam ACLU.

Seluruh imej yang ada diambil sekitar tahun 2001 hingga 2006, namun mendapat semakan dari pemerintahan AS pada 2009.

Menurut khabar terbaru, imej-imej tersebut akan dikeluarkan dalam masa satu bulan, atau sekitar tarikh 28 Mei 2013 akan datang.

Nancy Pelosi selaku jurubicara White House juga merancang untuk membentuk suruhanjaya siasatan pemerintahan Bush, namun mendapat pertentangan dari Kepala Senator, Harry Reid, mengatakan pembentukan suruhanjaya tersebut akan memakan masa yang lama.