Koleksi Sensasi

Kecekalan Hati Seorang Ayah

Pekerjaan sebagai seorang penarik beca ni.. bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ia terpaksa mengayuh beca diatas jalan raya yang dipenuhi dengan berbagai bagai macam kenderaan dan jugak bermacam macam kerenah dan ragam manusia... 

Biarpun terpaksa memerah keringat mengayuh di tengah cuaca yang panas dan jugak debu2 jalanan, penarik beca ni akan setia membawak pelanggannya menuju ke destinasi yang depa nak tuju. Di sebalik tentang cerita2 penarik beca ini terdapat seorang penarik beca di India, Bablu Jatay namanya yang terpaksa membawak bayinya yang baru lahir bersama-sama ketika beliau keluar mencari rezeki. 

Isterinya telah meninggal dunia ketika melahirkan bayi tersebut. Dia jugak tak mempunyai saudara mara dan tak mampu untuk mengupah seseorang untuk menjaga bayinya.rozisalehin