Koleksi Sensasi

Nenek 72 Tahun Sihat Kerana Makan Kulit Pokok


Seorang nenek berusia 72 tahun mengatakan, dirinya sembuh dari segala penyakitnya hanya dengan memakan kulit pokok. Marlene Barnes, mula memakan serpihan kulit pokok ketika usianya masih 48 tahun, pada ketika itu, Marlene menderita penyakit disekitar ususnya.  Satu dekad pun berlalu, dan doktor mengatakan bahawa, penyakit di usus Barnes sudah hilang.

“Saya sudah mencuba segalanya untuk menyembuhkan penyakit saya, tapi tidak pernah berhasil,” kata Marlene. “Pertama kali, saya memakan kulit pohon cokelat. Rasanya seperti musang dan tidak enak diperut.

Saya fikir saya akan mati selepas memakannya, tapi beberapa saat kemudian, saya terus merasa lebih baik dari sebelumnya. Saya akhirnya mencuba untuk memakan banyak kulit pokok dan menjadikannya ubat-ubat yang ajaib,” ujar nenek berusia 72 tahun ini.

Marlene sebelum itu telah menghabiskan 1.000 Pound sterling  setiap tahun untuk menjalani rawatan alternatif dan meminum ubat-ubatan lainnya. Marlene merancang untuk menjual resep-resep ubat dari kulit pokok yang menurutnya boleh menyembuhkan kanser.

Walaupun demikian, Ahli perubatan dari Guy’s and St Thomas’ Hospital di London, Dr Simon Anderson, menilai, temuan-temuan dari Marlene patut dikaji dengan lebih mendalam. Marlene pun dianggap beruntung, kerana sudah memakan kulit pokok yang tepat.