Koleksi Sensasi

Pembantu Rumah Aznil Nawawi Disyaki Mencuri


KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal Aznil Nawawi kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan oleh pembantu rumah dalam kejadian di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Aznil dalam laman Twitternya berkata, beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai ”Soimah” itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, laporan polis mengenai kejadian itu diterima pada 3.15 petang tadi.

Ogos lepas, rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. – BERNAMA