Koleksi Sensasi

Selepas penat bekerja inilah caranya untuk menghilangkan penat. Tak payah nak berkaraoke jamban, tak payah nak lepak kedai mamak yang pekerjanya bukanlah mamak, ikutlah cara ini - posted@malaysiasensasi.net

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vatican kerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatangan Nabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu.

Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi - Turkish News/fb

BALING - “Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.

Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.

“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.

Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.

Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.

“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.

“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.

“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.

Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya.

ps: Jangan berani nak bawak masuk lelaki asing dalam rumah

Pada Mei 1953,Edmund Hillary, seorang peternak lebah New Zealand bertukar menjadi seorang pendaki gunung, menjadi orang pertama yang mencapai puncak gunung tertinggi di dunia. Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay, mendaki ke puncak berlumba dengan sepasang pendaki lain, Charles Evans dan Tom Bourdillon, yang akhirnya terpaksa kembali pada jarak vertikal hanya 300 meter dari puncak. Sengit melawan angin, suhu di bawah 0 C dan longsoran air yang berbahaya, Hillary dan Norgay terus menuju ke puncak, 29.028 kaki (8.848 m) di atas permukaan laut dan berjaya. Sejak itu, ratusan pendaki mengikuti jejak mereka, tetapi Hillary akan selamanya dikenang sebagai orang yang pertama ke puncak dunia - posted@malaysiasensasi.net

Seorang wanita telah dikenakan $ 10,000 bon selepas dilaporkan memberitahu polis dia melemparkan tubuh anak perempuannya keluar ke sampah. India Parker, 35, Cleveland, Ohio, menghadapi tuduhan penyalahgunaan mayat. Parker adalah di pusat penyiasatan mengenai kehilangan anak perempuannya Kaliyah, 10. Kaliyah dilaporkan hilang oleh bapa salah seorang daripada kanak-kanak lain Parker, laporan Fox News.
Saudara-mara dan kawan-kawan telah memberitahu polis mereka tidak pernah melihat Kaliyah sejak berusia lima pada tahun 2006. Sgt. Sammy Morris, dengan Jabatan Polis Cleveland, memberitahu Fox 8: Polis bahagian Cleveland menerima maklumat daripada Cuyahoga County, Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga pada hari Isnin, kira-kira selepas 10 tahun kanak-kanak itu hilang. Laporan polis menunjukkan bahawa India berkata kepada bapa kanak-kanak itu, yang Kaliyah meninggal dunia apabila rak buku jatuh ke atasnya. Walau bagaimanapun, tiada sijil kematian telah dijumpai dan tidak ada rekod di hospital tempatan.

Gambar-gamabr di bawah ini adalah mengenai bayi yang sudah mati Thailand . Ibu bapar tidak mahu mengebumikan/membakar mayat bayi ini, jadi mereka menyimpannya di kuil. Setelah beberapa kali tukar kuil tempat simpanan, akhirnya , jelmaan babi itu muncul dalam mimpi Ibu bapa tersebut , meminta dibawa balik rumah sendiri. Apa yang pelik, walaupun dah mati, bayi itu tu masih melalui proses pertumbuhan...rambut dan kuku makin panjang..sumber:cari



Ada beberapa kepercayaan kuni, kulit biru biasanya merujuk pada sifat dewa. Misalnya, Dewa Khrisna dalam kepercayaan Hindu. Atau, Dewa Mesir, Amon pun juga digambarkan berkulit biru.

Entah bagaimana, ternyata manusia berkulit biru benar-benar wujud, seperti kisah berikut ini:

Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky, yang dikenal dengan nama Troublesome Creek.

Kemudian Martin mengahwini seorang wanita asa Amerika, Elizabeth Smith, yang berambut merah dan berkulit sangat putih, seputih salji. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 diantaranya berkulit biru.

Keluarga ini bertambah jumlahnya, kerana sesama anggota keluarga Fugate menikahi satu sama lain. Pernikahan antara sepupu kerap terjadi, keluarga Fugate juga menikah dengan keluarga-keluarga tetangga mereka.


Komuniti ini hidup terpencil di daerah yang belum memiliki infrastruktur.
Anak-anak Martin yang berkulit biru akhirnya menikah dengan saudara dari Ibu mereka. Zachariah, seorang anak berkulit biru, menikah dengan saudara kandung si Ibu, dan menghasilkan kombinasi gen yang 100 tahun kemudian menjadi penyebab kelahiran Benjy Stacy dengan warna kulit biru-keunguan!

Ketika doktor keluarga hairan melihat keadaan Benjy, mereka dijelaskan mengenai kisah nenek buyut Benjy, yaitu Luna Fugate. Keluarga mengatakan, Luna adalah perempuan yang “sangat biru”, “perempuan terbiru yang pernah ada”.

Mengapa Berkulit Biru?
Kelainan ini disebut methaemoglobinaemia - atau singkatnya: met-H, kondisi yang mengurangi kemampuan membawa oksigen dalam darah. Akibatnya, darah menjadi lebih gelap dari warna yang normal. Kes pada Keluarga Fugate dimungkinkan kerana menikah dengan tetangga dan kerabat dekat yang menyebabkan kelainan genetik ini berlanjutan.

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar! sumber: fb Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

eorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.

"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.

"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dangi tinggal di daerah Dang. Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.

Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi

Ratu Neo-Soul, Erykah Badu dikatakan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 FEB 2012 menerusi ‘Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012′. Tetapi ada beberapa gambar beliau tersebar di internet yang mendakwa dia membuat tatu kalimah Allah di badannya - posted@malaysiasensasi.net


Ini barulah boleh dikatakan sebagai air yang ditapis. Entah apa punya sistem dia pakai ni, dan lebih teruk kalau dia kata ini proses RO. Tapi jimat jugak cara ni, cukup bermodalkan penapis air dan boleh buat bisnes - posted@malaysiasensasi.net


Awek sekolah memang bergetah dan ramai lagi yang masih suci. Jika diberi pilihan, antara mereka yang di atas ni manakah satu pilihan hati anda?. Boleh mutah kalau tengok lama-lama gambar nih - posted@malaysiasensasi.net

Tawaran dibuka untuk sesiapa sahaja menyertai team malaysiasensasi.net. Memandangkan selepas ini admin akan menguruskan banyak hal maka, amat perlulah malaysiasesasi.net membuka peluang ini. Sesiapa yang berminat boleh menghantar email di link ini: KLIK SINI. Pada kolum tajuk sila pilih 'Sertai MalaysiaSensasi'

Keperluan
Buat masa ini, malaysiasensasi.net memerlukan beberapa orang yang boleh membuat posting ke blog malaysiasensasi. Minimum ialah 1 post sehari dan maksimum post tiada.

Kelebihan
Setiap posting dibayar RM0.50 - RM1.00 bergantung kepada kualiti, gambar dan originality sebebuah artikel.

Jika anda rasakan anda berminat atau mempunyai akses kepada internet yang mudah, atau memang 24 jam menghadap internet bolehlah cuba menyertai malaysiasensasi.net


Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat. Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British.

Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini.

Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu.

Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007. Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion). Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. - Agensi

Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online(sumber)

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

ps: seronok bukan main blogger UMNO dengan berita nih :)


Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan

Amat jarang sekali kita menemui ikan yang mempunyai bentuk fizikal kembar seperti manusia. Ikan ini adalah ikan talapia yang mana kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama tetapi melekat di antara satu sama lain.
Bila sebut kembar siam mesti kita fikir pasal manusia je kan? Siapa sangka ikan pun ada kembar siam. Ikan pelik ni berusia 8 bulan dan jarang jika kembar macam ni boleh hidup. Ikan pelik ni milik penjual akuarium di Bangkok Thailand. Kembar ikan ini amat jarang sekali ditemui berbanding ikan yang mempunyai bentuk fizikal yang pelik seperti ikan bergigi manusia, ikan bermata dua dan sebagainya. Jom lihat gambar ikan pelik talapia kembar dua ini.

Sejak 400,000 tahun lalu menurut kajian yang dilakukan oleh profesor di University Tel Aviv, daging gajah menjadi makanan rutin untuk mereka yang berada di Asia Tengah. Daging gajah adalah 60 peratus daripada makanan yang diambil oleh mereka. Ini kerana daging gajah mampu memberi protein yang cukup untuk mereka sepanjang tahun. Kini, di Asia Tengah, daging gajah kurang menjadi tumpuan kerana terlalu banyak gajah yang pupus di kawasan itu. Afrika pula menjadi lokasi di mana orang ramai makan daging gajah mentah sebagai rutin mereka.SUMBER: http://apekepelik.blogspot.com/

Perilaku aneh lelaki ini telah mendapat pehatian orang ramai disekelilingnya di dalam train. Dia dengan selamba telah menyusukan aak patung, apa yang pelik buah dadanya kelihatan sangat besar. Atau mungkin juga dia sebenarnya seorang perempuang? - posted@malaysiasensasi.net


Dua orang gadis tiba-tiba membuat kecoh di depan sebuah kafe di Darwin, Australia. Keduanya berkelahi, salah seorang dari mereka dalam keadaan telanjang.

Kejadian itu menjadi tontonan bagi puluhan orang yang sedang bersarapan.

Beberapa saksi mengatakan, perempuan yang berkelahi itu menanggalkan pakaiannya dan terus menyerang lawannya dengan satu pukulan seperti petinju profesional.

"Kejadian tersebut memang amat mengejutkan," kata seorang penduduk seperti dikutip Northern Territory News.

Tidak hanya memulakan perkelahian, perempuan yang telanjang itu kemudian dengan santai berbaring sambil merokok, di depan kafe ternama di Fannie Bay ini. Anak-anak yang berada di sekitar lokasi perkelahian pun terpaksa dibawa masuk oleh ibu bapa mereka ke dalam kafe, agar tidak dapat melihat pemandangan asyik tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, polis pun tiba di lokasi tempat kafe itu berada. Mereka pun membawa wanita telanjang pergi dari situ. Tidak jelas apakah perempuan tersebut dalam keadaan mabuk ketika terjadinya perkelahian tersebut. Dikatakan dua gadis cantik ini berkelahi berebutkan kekasih


Ibu ini sangat kejam apabila dia dilaprokan telah menampal tangan anaknya ke dinding dan dipukul sampai koma. Anak kecil itu berusia 2 tahun, berkemungkinan akan mengalami kerosakan pada otaknya. Elizabeth Escalona, ibu kejam ini bagaimanapun telah menghadapi pertuduhan kerana perbuatannya dan mungkin dikenakan hukuman seumur hidup.

Menurut laporan polisi, Escalona menyeret kaki anaknya sebelum melekatkan tangan anaknya ke dinding. Dia juga didakwa memukul perut anaknya dengan teko susu, menendang, memukulnya dengan kasut dan tali pinggang. Polis juga mengatakan bahawa mereka mendapatkan banyak keterangan dari saksi bahawa si ibu sering memukul anak kecil itu.posted@malaysiasensasi.net

Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.
Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai Melaka.
Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

Sudirman Hj Arshad
PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.

Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.

Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.

Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.

Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.

Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.

Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.

Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.

Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.

Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.

“Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah.


Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.
“Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali,” ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.

Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.

Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.

Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.

Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.
Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.

Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.

EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Initerbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.


Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.

Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.

Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysiaciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.

Gegarkan Chow Kit

Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.

Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.

Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.


Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.
Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.

One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.

Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.

Runtuhnya Istana Cinta

Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.

Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.

Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.

Bukan Kerana HIV

Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.

Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.

Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.


Imembuat persembahan.
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.

Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.

Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.

Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.

Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.

Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.

Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.

Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.


DHAKA, Bangladesh - Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasiona. Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai. Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai. Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. - Agensi


Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim" atau ABAI.

Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.

Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini, kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.

Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San (gambar kanan, berbaju putih) dilapor menyifatkan perbuatan vandalisme itu mencabar rakyat Melaka dan Pakatan Rakyat.

"Mereka cuba mengelirukan rakyat dan cuba memberi gambaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat, perbuatan ini bukan suatu perbuatan yang sihat dan ia hanya untuk membuat kacau," ujar Goh yang juga ADUN Kesidang, tanpa menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bukan tindakan bijak dan profesional.

"Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan.

"Tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu," Yusof dipetik sebagai berkata.

Penubuhan ABU - gabungan aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik - diumumkan pada 9 Disember lalu bertujuan menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Pergerakan itu berkata, walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.MKINI

Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ini ekoran kenyataan Ahmad yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari dalam ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat".

"Kenyataan tersebut jelas berbaur fitnah dan tidak benar," kata Nik Abduh ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu.

Selain ianya disifatkan berniat jahat, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut merasakan kenyataan tersebut mampu mengundang provokasi, hasutan, perpecahan di kalangan masyarakat, rusuhan rakyat serta kehilangan kepercayaan di kalangan ahli dan bukan ahli PAS kepada PAS kerana kenyataan tersebut menjurus kepada kerosakan aqidah dan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"PAS sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dengan sah di bawah undang-undang negara sejak lebih 50 tahun dan menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri, kenyataan Datuk Seri Ahmad Said ini sangat tidak berasas dan langsung tidak bertanggungjawab," luah Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri Ahmad Said, Berita Harian serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam mengeluar, mencetak, menerbit dan mengedarkan kenyataan fitnah tersebut.

"Saya percaya kenyataan fitnah jahat seperti in merupakan satu kesalahan yang jelas dan nyata di sisi undang-undang negara dan tindakan perlu diambil dengan segera oleh pihak Polis," tambah beliau lagi.HD