Koleksi Sensasi


Kes simbah asid kini bagaikan satu trend, hampir setiap masa kita boleh membaca dan mendengar kisah orang disimbah asid. Dengan mengetepikan sikap perkauman, kami menyeru orang-orang melayu islam untuk menyertai kami di Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi. InsyaAllah dalam modul pertahanan diri akan dikongsikan amalan bagaimana menjadikan asid yang disimbah itu hanya seperti air dan dengan izin Allah, ia tidak akan membinasakan langsung. Klik sini untuk keterangan lanjut

CHINA – Selain dari menyusu keempat anak,seekor kucing peliharaan di China, dia juga menyusukan seekor tikus. Pemilik kucing tersebut, Sun Shunjun (81 tahun), menyatakan bahawa tikus tersebut telah tinggal bersama kucingnya sejak kucing itu melahirkan keempat anaknya sebulan yang lalu. 

Sun juga mengatakan, seorang jirannya yang melihat anak-anak kucing tersebut pada hari mereka dilahirkan merasa terperanjat melihat seekor tikus turut menyusu bersama anak-anak kucing itu.


Menurut akhbar setempat, Qilu Evening Post, tikus tersebut tidak hanya ikut menyusu kucing tersebut, tapi juga bermain dengan anak-anak kucing itu seperti saudara kandung.

Ibu kucing itu pun melayan tikus tersebut sama seperti anak-anaknya sendiri, sehingga tikus itu akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga kucing tersebut. 

Seekor lobster seberat 11.3 kilogram berjaya ditangkap oleh seorang nelayan Robert Malone, di luar Pantai Maine, Amerika Syrikat (AS). Ukurannya yang luar biasa besar, bahkan penyepitnya cukup kuat untuk menjepit tangan lelaki dewasa.posted@malaysiasensasi.net


Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
Di sini saya membongkar 12 prinsip kekayaan yang boleh rakan2 ikut:
1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.
4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
8. Mereka benci berbelanja.
9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang
tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!
Demi Kejayaan Anda,
sumber: zaidimokhtar


WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang cedera dalam kejadian tembakan diberikan wajah, gigi, lidah dan rahang baru yang disifatkan oleh doktor sebagai pemindahan muka besar-besaran pernah dilakukan.
Pegawai di Pusat Perubatan Universiti Maryland mengumumkan semalam, Richard Lee Norris semakin pulih selepas pembedahan 36 jam minggu lalu.
Dia mula merasakan wajahnya dan sudah pun memberus gigi dan bercukur. Dia juga memperoleh semula deria bau yang hilang selepas insiden berkenaan.
Norris, selama 15 tahun lalu, hidup menyendiri, bersembunyi di sebalik topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Pemindahan itu akan mengembalikan kehidupannya, kata ketua pakar bedah, Dr Eduardo Rodriguez.
“Ia bagaikan hidup di alam fantasi ketika melihat wajahnya. Sebelum ini, orang akan merenung Norris kerana dia memakai topeng dan mereka mahu melihat kecacatan di wajahnya,” kata Rodriguez.
“Kini, mereka punya alasan lain untuk merenungnya dan ia sungguh menakjubkan,” kata Rodriguez. Pakar bedah menggelarnya pemindahan muka paling lengkap di dunia yang membolehkan lelaki dari Virginia itu muncul di sebalik topengnya selepas 15 tahun.
Ketika Norris menembak dirinya di muka pada 1997, dia kehilangan hidung, bibir dan semua pergerakan di mulutnya. Dia telah menjalani pelbagai pembedahan menyelamatkan nyawa dan membentuk semula wajahnya, tetapi tidak begitu berjaya seperti ini.
Dia menerima wajah baru daripada seorang penderma yang tidak dikenali minggu lalu. Penderma itu turut menyelamatkan lima lagi pesakit pada hari sama melalui pendermaan organnya.
Enam hari selepas pembedahan, Norris sudah boleh menggerakkan lidahnya dan membuka serta menutup matanya. Dia pulih lebih cepat daripada jangkaan doktor. – HM

Mr Wichai (Tao), 24 dari Samut Songkram yang menyara hidup dengan menjual
barang-barang lama telah berkahwin dengan kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan, 22 dalam majlis yang diadakan serentak.Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan, Encik Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang.Kedua-dua keluarga meraikan perkahwinan itu dengan kegembiraan.

Mereka bertiga telah berkawan sejak kecil lagi dan bila mereka besar, Encik Wichai tidak dapat memilih antara mereka.Akhirnya, Encik Wichai melamar mereka berdua dengan mengatakan "saya cinta dan ingin mengahwini kamu berdua''.Kembar itu terus bersetuju.

Walaupun banyak gosip dikalangan jiran-jiran, keluarga mereka tetap menyokong perkahwinan ini.Malah ibu pengantin lelaki telah menyiapkan dua bilik pengantin di rumah keluarga Encik Wichai.Tentang peraturan tidur dalam seminggu pula, Encik Wichai berkata, " tiga malam dengan Cik Sirintara dan tiga malam lagi dengan Cik Thipawan.Kami akan tidur bertiga di hari Ahad!" Kembar itu pernah berjanji antara satu sama lain untuk tetap hidup bersama,
begitu juga dengan pemilihan suami.

Pasukan arkeologi China telah menemukan satu periuk sup yang dikatakan berusia 2.400 tahun di ibukota kuno Xian. Periuk sup ini ditemukan di pusara yang digali untuk pembangunan perluasan bandar udara setempat.

Isi dari periuk cairan dan tulang. Isi adunan sup itu berada di dalam periuk tanah yang tertutup rapat ini sedang diteliti oleh arkeologi. Apa saja bahan yang digunakan menjadi penelitian mereka. .

“Ini merupakan penemuan pertama berkait penemuan sup tulang dalam sejarah arkeologi China,” kata Liu Daiyun dari Institut Arkeologi Provinsi Shaanxi.

Dikatakannya, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam mempelajari kebiasaan makan dan kebudayaan pada Paska Perang Negara-negara Bahagian (475-221 sebelum Masehi).

Xian pernah menjadi ibukota kuno selama lebih dari 1.100 tahun.Arkeologi juga menggali periuk tanah lain berisi cairan tanpa bau yang dipercayai anggur.


 Kita semua tahu Charlie Chaplin sebagai pengembara mustached dengan seluar longgar, kasut besar,  dan topi bowler, yg berlakon dalam film bisu ,dan melucukan dengan gambar video pegerakan yang laju pada suatu ketika dulu. inilah orangnya dan dia kelihatan amat berbeza sekali....[dairishare]
1915
1918
1919
1923
1929
1931
1952
1965
1967

Pramugari dari sebuah syarikat penerbangan di Amerika Serikat (AS) melarang penumpang turun dari pesawat, hanya kerana pemain video di pesawat itu hilang. Kejadian ini bermula bila seorang pramugari Alaska Airline,  menyedari pemain video yang menjadi satu dari pelayanan hiburan penumpang hilang dalam perjalanan dari Miami menuju Seattle.

Terletak di Utara Alpine Mountains, Tateyama Kurobe Alpine Laluan mempunyai jalan keluar yang diukir atau koridor melalui snowdrifts gergasi yang berada di kawasan ini setiap musim sejuk. Lebih daripada satu juta orang melawat kawasan yang unik ini setiap tahun (guna google translate) - posted@malaysiasensasi.net

Zeng Lingjun dilahirkan di sebuah kampung kecil luar bandar di wilayah Jilin di timur laut China. Pada tahun 1999, Zeng Lingjun di usia 20 menerima surat penerimaan dari kolej komuniti di wilayah Heilongjiang.Namun kemiskinan keluarganya yang tidak dapat menanggung yuran tahunan 5000 Yuan (AS $ 602) menyebabkan dia beralah dan datang ke Shenyang, bandar terbesar di Timur Laut China, dengan hanya 50 yuan (AS $ 6) dalam poketnya untuk memulakan hidup.

Zeng Lingjun kini seorang tukang kasut menyewa tandas di sebuah hotel di Shenyang sejak 2006 (pada awalnya atas duit pinjam dari seorang kawan) kerana tidak berkemampuan untuk menyewa atau membeli rumah.Zeng berkahwin pada 2010 dengan Wang Zhixia dan dikurniakan seorang anak lelaki.Ketika baru berkahwin Zeng yang ingin memberi kehidupan baru buat isterinya pernah menyewa sebuah pangsapuri pada harga 500 Yuan tetapi hanya mampu bertahan selama enam hari.Mereka kemudian tinggal semula di tandas ini.