Koleksi Sensasi


LOS ANGELES: Seorang wanita yang ketagih membiarkan kuku jari tangannya panjang, kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya.
Wanita yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang muncul dalam rancangan TLC, ‘My Strange Addiction’ (Ketagihan Ganjil Saya).
Menerusi rancangan itu, Ayanna berkata, dia enggan memotong kuku itu dan menyifatkannya sebagai bayinya.
“Ia seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang,” kata Ayanna dalam rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya, Kuwait dan rakan, Vincent.
Dia baru-baru ini disahkan menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan dia melakukan senaman untuk mengatasinya.
Namun, peminat kuku terlampau itu tidak mempedulikannya. Keluarganya berkata, dia akan mempertahankan kukunya dengan apa cara sekalipun.
Ayanna yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku kakinya.
Lebih buruk lagi, dia tidak boleh memakai stokin atau kasut lain kecuali selipar.
Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.
Kuku jari kakinya yang terpanjang berukuran 10 sentimeter sementara yang terpendek, lima sentimeter. Kecewa dengan ketidaupayaan rakannya untuk bermain dengan cucunya serta kedegilannya untuk mengawal penyakit kencing manisnya, Vincent membawa Ayanna ke kelas tarian dalam usaha untuk menunjukkan tahap dia telah melumpuhkan dirinya.
Tetapi nenek itu menarik diri selepas sesi pertama kerana bimbang Vincent akan terpijak kukunya.
Tanpa putus asa, Vincent berusaha sekali lagi untuk meyakinkan Ayanna supaya mengubah gaya hidupnya. Dia memujuk wanita itu memotong kukunya itu. Bagaimanapaun, Ayanna menjawab: “Ia adalah 50 peratus daripada saya. Saya sudah pasti tidak akan memotongnya.” – DM
sumber: hmetro.com.my

Taman ini terletak di Korea. Memiliki lebih dari 140 patung yang menggambarkan posisi seksual yang berbeza. Taman ini merupakan tempat bulan madu yang cukup terkenal. Dengan ukiran dan patung yang informatif, taman hiburan ini bermotifkan untuk memberi pendidikan seks kepada pengunjungnya - posted@malaysiasensasi.net


Seorang lelaki Mesir, Ramadan telah pergi ke sebuah cafe internet dan membuka laman web porno buat pertama kali dalam hidupnya hanya sekadar ingin mencuba.Namun apa yang disaksikannya sangat mengejutkan apabila heroin filem lucah itu adalah isterinya sendiri.Tidak menunggu lama, lelaki itu segera pulang ke rumah untuk bersemuka dengan kecurangan itu.

Pada mulanya wanita itu menafikan dia berlakon filem lucah dan meminta suaminya menunjukkan filem itu.Namun tidak lama kemudian isteri curang itu mengaku juga kesalahannya.Menurut isterinya, dia tidak pernah mencintai Ramadan walaupun mereka mendapat 4 anak sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka.Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengaku melakukan aksi mesra itu dengan bekas kekasihnya.

"Saya melihat ada 11 filem lucah yang dilakonkan oleh isteri saya.Isteri saya mengaku masih cintakan kekasih lamanya kerana mereka masih sama-sama muda berbanding saya yang sudah tua.Sebelum masuk ke web porno itu, perkahwinan saya bahagian saja" Kata Ramadan pada akhbar tempatan di wilayah Dakhalia.

Brazil – Pelakon Tiago Klimeck, 27, yang secara tidak sengaja menggantung diri ketika berlakon dalam satu babak sempena perayaan Good Friday meninggal dunia selepas koma selama beberapa hari.

Ketika kejadian, Klimeck melakonkan babak menggantung diri namun selepas empat minit, barulah seorang lagi pelakon menyedari sesuatu berlaku ke atas Klimek. Mereka kemudiannya mengangkatnya, namun Klimeck sudah tidak sedarkan diri.

Imbasan yang dijalankan doktor mendapati dia mengalami sesak nafas sehingga mengakibatkan otaknya tidak menerima oksigen. Mesin hayat yang dipasang padanya telah dibuka semalam dan bedah siasat akan dilakukan. Sementara polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku. Persembahan itu diadakan setiap tahun di Brazil dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.



LONDON: Tindakan kejam seorang jururawat membelasah seorang wanita di rumah jagaan warga emas berjaya dirakamkan apabila sebuah kamera dipasang secara rahsia dalam bilik tidur mangsa.

Tindakan itu diambil Jane Worroll apabila dia mendapati ibunya, Maria, 81, mempunyai kesan lebam pada tangan dan lengan hanya enam minggu selepas ditempatkan di pusat penjagaan berkenaan.

Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Jane memasang kamera di bilik tidur Maria tanpa pengetahuan sesiapa.

Hasilnya, kamera itu merakamkan aksi Jonathan Aquino, 30, memukul Maria enam kali pada muka, lengan dan perut.

Rakaman lebih awal menunjukkan Maria – mengalami artritis serius – diurus secara kasar oleh kakitangan pusat jagaan itu.



Satu daripada rakaman itu menunjukkan dua kakitangan pusat penjagaan berkenaan menolak Maria dengan kasar.

Maria diletakkan ke katil pada jam 5.30 petang dan tidak dipedulikan sesiapa.

Aquino dihukum penjara 18 bulan pada 10 hari lalu kerana bersalah menyerang orang awam, manakala empat kakitangan rumah penjagaan itu dipecat apabila Jane menunjukkan rakaman berkenaan kepada pihak pengurusan.

Rakaman itu juga menunjukkan Jane langsung tidak dipedulikan kakitangan di situ.
Apabila masuk ke bilik Jane, mereka langsung tidak menyapanya, malah memasang televisyen dan menutupnya apabila keluar.

Kejadian berlaku di rumah penjagaan orang tua di Ash Court di Kentish Town, London Utara.

Menurut Jane, dia terkejut melihat rutin harian dilalui ibunya.

“Ketika kali pertama menyaksikan rakaman itu, saya tidak dapat mengawal diri daripada menjerit.

“Ibu saya lemah, tidak berdaya dan tidak mampu meminta tolong.

“Justeru, apa yang dilakukan ke atasnya sangat kejam,” katanya.

Rakaman itu disiarkan dalam rancangan Panorama terbitan BBC1 malam tadi.

Ia ditayangkan setahun selepas rakaman menunjukkan penghuni rumah penjagaan warga tua Winterbourne View dikasari, dibelasah dan dicurah air di Hambrook, Gloucestershire.

Pusat itu ditutup Jun tahun lalu.

Jane berpindah ke Ash Court kerana pusat penjagaan itu diberikan penarafan “cemerlang” oleh Suruhanjaya Kualiti Penjagaan pada Julai 2010. – DM

Gambar-gambar ini dirakamkan oleh akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh. Dimana jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera , Pulau Pinang. 

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu. Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya. Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya. Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes. Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia. Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro). – The Star/ Foto Kwong Wah Yit Poh




Bosan mendirikan bangunan bertingkat pencakar langit, kini China mendirikan hotel mewah bertingkat di dalam jurang. Lengkap dengan bangunan bermotif air terjun. Pemandangannya adalah hamparan lembah yang indah. Ini memang sesuatu yang sangat baru dan unik.

Projek hotel ini sangat unik kerana termasuk bangunan di bawah tanah. Hotel ini memiliki 19 ringkat dan 380 bilik. Struktur dipahat dari sebuah lombong di Songjiang, dekat Shanghai. Pereka telah menyisihkan kawasan sekitar 30 batu dari kota Shanghai, dalam sebuah lombong yang ditinggalkan di kaki Gunung Tianmashan.

Sementara bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi membanggakan restoran atas atap dan kemewahan penthouse, dua tingkat akan memuatkan sebuah restoran bawah air, kompleks olahraga untuk olahraga air dan 10 meter akuarium.

Di sekitar hotel unik ini terdapat 428000 meter persegi taman, lengkap dengan ruang untuk bungee jumping dan panjat tebing yang menghadap ke lantai hotel. Projek pengembang Shimao Grup Properti bekerja dengan Atkins rekayasa sebuah perusahaan Inggris untuk merancang hotel diluar imaginasi. Diharapkan ianya akan siap pada akhir tahun 2014 dan akan dibuka tahun 2015.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turun bersama dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

"Parti juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut," kata setiausaha akhbarnya Nasaie Ismail.

Selain Hadi, pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengumumkan kehadirannya ke perhimpunan "duduk bantah" itu dalam masa terdekat.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasaie berkata, PAS juga mendesak anggota polis bertindak rasional dengan mengawal dengan baik perhimpunan tersebut.

"Mereka perlu ambil pengajaran (daripada perhimpunan) BERSIH 2.0 yang diprovokasi berlebihan sehingga mendatangkan suasana kecoh yang bukan timbul daripada peserta," katanya.

Ini kerana, kata Nasaie, perjuangan membersihkan pilihan raya melibatkan kepentingan semua pihak, termasuk juga pasukan polis.

Dakwanya, banyak juga anggota keselamatan yang menjadi mangsa seperti tidak dinaikkan pangkat akibat amalam kronisme dan dianiaya akibat tidak melaksanakan agenda politik kerajaan.

"Ini semua disebabkan pemimpin yang buruk tingkah lakunya memerintah negara dan menang pilihan raya dengan jalan yang salah," kata Nasaie lagi. malaysiakini

Setelah menonton video ini bolehlah kita simpulkan bahawa sebenarnya ada juga orang yang kurang waras fikirannya. Menggunakan kekerasan untuk memuaskan hati. Tapi di Malaysia ni yang ramai hon orang adalah mat motor, hon sebab nak suruh orang bagi laluan pada dia time jem :)



Penjara Alcatraz merupakan antara penjara terbaik di dunia, ramai orang mengatakan bahawa tiada sesiapapun akan mampu untuk lari dari penjara ini. Tetapi pada 11 Juni 1962 terjadi hal yang diluar dugaan, iaitu 3 tahanan berjaya melarikan diri, mereka adalah Frank Morris, Clarence Anglin dan John Anglin.

Keesokan harinya pihak berkuasa cuba menjejaki tahanan yang lari itu tetapi gagal menemui kesemua mereka. Kejadian ini menggemparkan dunia dan penjara Alcatraz ketika itu telah disindir masyarakat akbibat kejadian ini. Kini keamanan penjara Alcatraz semakin diperketat dimana hampir setiap tempat termasuk sel diberikan kamera CCTV untuk mengawasinya.posted@malaysiasensasi.net

Akibat melecur dalam satu kebakaran,Wang Xiopeng kehilangan wajahnya.. dan lebih mengedihkan apabila keluarganya tidak dapat menolongnya. Ini semua kerana hidup dalam kesusahan. Kos pembedahan yang mungkin mencecah RM60ribu sememangnya adalah sangat mustahil untuk dicari. Walaupun terpaksa melihat anaknya tidak dapat hidup sempurna, tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Lebih malang lagi, Wang Xiopeng tidak dapat bergerak dengan bebas kerana jari2 telah bercantum semasa kebakaran.

Tak tahulah samaada budak ni memang islam dan bertudung atau sengaja pakai tudung dan beraksi tidak sopan. Kelihatan dia memakai pakaian yang biasa dipakai oleh pelajar perempuan bukan islam - posted@malaysiasensasi.net



Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney.

Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.

Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein. Selepas majlis, pasangan itu telah diiringi dalam limosin ke Catalina di Rose Bay untuk resepsi.Sumber: apekepelik.blogspot.com

Seorang lelaki tua berusia 84 tahun bernama Don Ritchie digelar sebagai "an angel walks among us". Gelaran ini adalah kerana jasanya yang telah menyelamatkan kira-kira 160 orang dari membunuh diri (jumlah tidak rasmi ialah kira-kira 400 orang).

Tebing The Gap yang terletak di Watson bay, Sydney memang terkenal sebagai salah satu tempat kegemaran untuk bunuh diri. Sudah orang orang bunuh diri di tebing ini kerana dianggap tebingnya sangat tinggi dan sepi. Dan kebetulan Rumah Don Ritchie terletak persis di sisi seberang jalan dekat dari tempat melompat tebing.

Ritchie bangun setiap pagi dan melihat keluar jendela untuk memastikan jika ada orang yang berdiri sendirian dengan posisi yang terlalu dekat dengan bibir tebing. Ketika itulah dia mengajak orang itu berbual-bual dan mengajaknya minum teh sambil memberikan petua tentang betapa pentingnya hidup ini. Namun begitu, dia pernah juga gagal dalam menyelamatkan orang dari percubaan bunuh diri. Pernah dia hampri berjayal mengajak orang yang ingin melompat tebing untuk berbuat-bual, namun tiba-tiba, orang itu menolaknya dan berbalik ke arah tebing dan melompat. Saat itu perasaan Don Ritchie berasa hancur. Kerana dia merasa gagal untuk menyelamatkan nyawa seseorang - malaysiasensasi.net

Dan atas jasanya itu, dia pernah diberi medal penghargaan oleh kerajaan Australia.



Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.SUMBER:fb


TRIBUNNEWS.COM - Seorang anggota keumpulan penyanyi dariKorea Selatan (Korsel), AStar, bernama Paige rela melakukan operasi plastik dan mengubah wajahnya agar mirip dengan bekas kekasih kepada kekasihnya yang sudah meninggal.

"Saya menemukan foto-fotonya saat masih bersama dengannya ketika membersihkan rumahnya awal tahun ini," kata Paige.

"Beberapa saat kemudian saya memperhatikan bahawa dirinya suka melihat foto itu dan menangis. Saya kemudian menyedari bahawa ia tak boleh melupakan bekas kekasihnya itu," jelas Paige.

"Saya sangat mencintainya dan akan melakukan apapun," ujar Paige, lagi. Sang artis kemudian menjalani operasi di sebuah hospital di Guangzhou, China, kerana ia tak mahu sang kekasih yang dikenalinya selama tiga tahun tahu tentang itu.

"Saya ingin melihat wajah terkejut ketika menemuinya di Korea nanti," katanya. Menurut sang doktor, si artis harus melakukan 15 perubahan di wajah, dada, dan juga kulitnya. Seluruh operasi itu memerlukankan waktu 10 hari dan biayanya mencapai 200 ribu yuan. Page kini sedang dalam proses penyembuhan.

Sumber: China Daily



Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang Kedah mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita berwajah hodoh setiap kali berlaku kes histeria.
Pada tahun ini sahaja sekolah itu telah mengalami lima kejadian histeria.
Antara saksi kelibat wanita yang mendakwa dirinya bernama Mawar Putih itu ialah pelajar tingkatan dua yang hanya mahu dikenali Intan Kasim.
Menurut Intan, makhluk itu mempunyai susuk tubuh seperti wanita dewasa, memiliki raut wajah cantik di bahagian kanan tetapi hodoh pada sebelah kiri selain sekuntum bunga mawar terselit di telinga kanannya.
Katanya, bahagian wajah yang hodoh itu ditutup dengan kain selendang yang dipakainya. Intan mendakwa makhluk itu bercakap menggunakan bahasa istana.

 
Jennifer Lopez pernah membuka restoran bernama Madre pada 2002 di Pasadena, California. Restoran ini menawarkan makanan Latin dengan hidangan beharga $ 30 dan $ 50. Namun Madre hanya bertahan selama 6 tahun dan ditutup pada 2008. Kegagalan bisnes yang dialami oleh J-Lo bukan hanya pada restorannya saja, malah juga pada bisnes fashionnya. Pada 2003, J-Lo membuat clothing line yang kemudian ditutup setelah 4 tahun beroperasi - posted@malaysiasensasi.net

Semua orang sukakan duit, tetapi pastinya tidak akan ada yang suka dengan bakteri di dalamnya. Menurut Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar 135,000 bakteri ada pada duit, terutama duit kertas - posted@malaysiasensasi.net

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) bergambar bersama model terbaru kereta nasional Proton Prevere di Majlis Pelancaran Proton Preve di Seri Kembangan. Turut hadir bekas Perdana Menteri selaku penasihat Proton, Tun Mahathir Mohamad (kanan), Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga dari kiri). Model Preve ini berharga dari RM72,990 untuk variasi Premium, RM62,990 untuk Executive CVT dan RM59,990 untuk Executive dengan transmisi manual.-Foto BERNAMA 



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH ‘ i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.