Koleksi Sensasi


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerima notis agar hadir untuk memberi keterangan di Bank Negara di bawah Seksyen 87(1)(a) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang muncul kontroversi akhir tahun lalu dengan siri pendedahan transaksi kewangannya.


"Saya telah bersetuju untuk hadir memberi keterangan pada hari ini jam 2.30 petang di Bank Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, "sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, saya juga khuatir jika tekanan yang berterusan yang cuba dikenakan terhadap saya dan (seorang pegawai bank) Johari Mohamad bertujuan untuk menutup skandal NFC."

Katanya, beliau juga hairan kenapa Bank Negara tidak pula menyiasat hatta mengambil tindakan terhadap Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Salleh Ismail dan keluarga beliau yang secara terang-terangan memindahkan wang rakyat secara tidak sah ke syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.

"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram," katanya lagi.

Kata Rafizi, tindakan memanggil beliau  untuk soal siasat memberi gambaran seolah-olah pihak berkuasa seperti SPRM dan Bank Negara tidak mengalu-alukan tindakan proaktif rakyat biasa untuk mendedahkan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa di Malaysia.

"Kenyataan kepimpinan SPRM kebelakangan ini contohnya, secara jelas memusuhi rakyat kebiasaan yang mengambil tindakan berani mendedahkan perlakuan rasuah.

"Fenomena ini membimbangkan saya kerana ia boleh mewujudkan suasana takut di kalangan rakyat Malaysia dan menghalang mereka dari tampil membuat pendedahan," kata beliau lagi.

Rafizi juga berkata, beliau mahukan satu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk menafikan bahawa pentadbiran beliau tidak memangsakan pemberi maklumat dan melindungi perasuah.

"Apatah lagi apabila SPRM sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan ke atas seorang pun yang menganggotai jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak RM250 juta kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, sedangkan jelas NFC yang dikuasai keluarga beliau langsung tidak ada pengalaman untuk mengendalikan projek tersebut," katanya.SH


Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di Cina ini memang cukup melampau. Ketika sang ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, sang anak lalu berlakon seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang melaluinya.

Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti ‘jasad’nya dari leher hingga kaki. Para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis teresak-esak. Anak itu meletakkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang melalui tempat itu.

Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, Cina, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas datang ke lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.

Kemiskinan nampaknya telah membuat sebagian orang menjadi cukup kreatif… Namun sayangnya tak banyak dari mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan.




Melbourne - Tragis! Seorang remaja menemui ajal gara-gara terlalu sibuk berSMS. Dia terjatuh dari tingkat tujuh di tempat parkir kereta. Mangsa bernama Ryan Robbins, adalah remaja yang berasal dari Australia, baru berusia 19 tahun. Pada mulannya, Robbins dikatakan sedang mabuk sehingga tidak mengetahui keadaan di sekitarnya dan dia dilaporkan sibuk bermain SMS. Patricia Schroeter, nenek Robbins, memberitahu bahawa Robbins awalnya menghantar dua orang wanita ke tempat parkir kereta di wilayah Melbourne. Dia kemudian menaip SMS sehingga tidak memperhatikan situasi sekeliling. Akibatnya, dia terjatuh dari tempat parkir tersebut dan meninggal ditempat kejadian. Seperti dilaporkan Herald Sun.

Adibah Noor dan Yuna merupakan satu nama yang besar dalam industri hiburan di Malaysia, suatu ketika dahulu rupa-rupanya mereka pernah bergambar. Kalau diikutkan stail gambar ini mungkin diambil sekitar tahun 90an dulu.


Elliott Moore, lelaki kejam baru-baru ini beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bersalah menggunakan badan seorang bayi berumur 18 bulan sebagai meja seterika. Mengikut laporan Rockford News, Iliniois- Elliot melakukan kesalahan ini pada tahun 2010. Pada ketika itu beliau bekerja sebagai penjaga bayi. Elliot yang kejam itu mengaku menggunakan belakang bayi yang dijaganya sebagai meja seterika kerana malas bergerak. Bayi yang sedang tidur pada pangkuannya terus ditransformasikan menjadi meja seterika segera. Akibatnya bayi tersebut melecur. Ibu bayi itu hanya menyedari kecederaan pada anaknya ketika menukar lampinnya. Beliau terus menghantar bayi ke Rockford Memorial Hospital dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Nampanya artis yang bernama Miley Cyrus ini memang tidak suka memakai bra atau coli walaupun ketika behadapan dengan umum. Pakaiannya pula nipis dan memang boleh nampak segala asetnya itu

"Mereka datang berkali-kali memujuk kita untuk sertai HALAQAH. Kita nyatakan kita tak sempat, sibuk nak mengajar kitab. Tapi untuk perjuangan Islam kita luangkan masa juga untuk penuhkan aktiviti dakwah HALAQAH." 

"Tetapi disebabkan kita enggan ikut program parti, enggan sambut cium tangan Nik Aziz, sebab kita ngajar sifat 20 kat masjid, kita tegur apa yang salah.. tanpa sehelai notis pun kita dipecat. Tahu-tahu, cucuk ATM tengok takde sen? Mujur kebetulan terserempak dengan orang HALAQAH kat Majlis Agama, baru lah diberitahu kita dah kena singkir!"

"Bila kita ajar masyarakat akidah yang betul, syariat Islam yang sebenar.. tiba-tiba kita dituduh menentang Islam! Kita dikatakan sokong UMNO!" seraya membuka serban beliau, "niih," ditunjukkan bahagian dalam kopiah yang putih di tengah dan hijau melilit di tepi. "Masa budak-budak lagi kita duk pikul angkut minyak tanah nak pasang pelita kat tempat ceramah!" Transkripsi bicara Tuan Guru Hj Abdul Rahim Omar - sumber:facebook

Pada asalnya, Aishwarya Rai merupakan seorang ratu cantik. Tubuh yang langsing, wajah yang menarik telah menjadikan beliau seorang yang sangat terkenal di dalam dunia perfileman. Tetapi selepas berkahwin, tubuhnya tidak lagi menawan, tubuhnya sangat berisi.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).


Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.


Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.

Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.


Pencungkil gigi telah ada sebelum kedatangan manusia moden. Tengkorak gigi manusia Neanderthal dan Homo Sapiens telah menunjukkan bukti-bukti penggunaan alat untuk mencungkil gigi. Ini adalah alat tertua untuk membersihkan gigi. Mesin pembuat pencungkil gigi pertama kali dikembangkan pada tahun 1869 oleh Alessandro Franco, kemudian mesin serupa juga dipatenkan pada tahun 1872 oleh Silas Noble dan J.P. Cooley.


Seekor sotong kurita pelik berwajah manusia telah ditemui oleh seorang nelayan dari kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat.
Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.
Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain


KIEV, Ukraine – Pergaduhan ganas tercetus pada sidang parlimen Ukraine berikutan satu rang undang-undang yang akan membenarkan penggunaan bahasa Rusia di mahkamah, hospital dan institusi lain di negara tersebut.
Pergaduhan berlaku antara kumpulan pembangkang pro-Barat yang mahu membawa Ukraine keluar daripada bayang-bayang Rusia dengan anggota parti pemerintah pimpinan Presiden Viktor Yanukovych yang menyokong penggunaan bahasa Rusia.
Sekurang-kurangnya seorang menteri parti pembangkang, Mykola Petruk mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke hospital.
Pergaduhan di parlimen Ukraine bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dalam satu pergaduhan pada Disember 2010, enam orang menteri dikejarkan ke hospital.
Ukraine berpecah kepada wilayah timur yang bertutur dalam bahasa Rusia dan mahukan hubungan rapat dengan Moscow. Bahagian barat pula yang menggunakan bahasa Ukraine dan pro-Barat, mahu negara itu menyertai negara Barat. – Agensi


Sebuah Masjid di India telah diruntuhkan oleh sekumpulan pelampau hindu, namun solat berjemaah mereka tetap penuh.


"Mereka boleh membinasakan masjid kami, tapi tidak iman kami."

Gambar: Masjid Babri, India.

Di Malaysia dan Indonesia, masjid2 berdiri megah.. Namun? Kipas dalam masjid lebih banyak daripada orang yg solah berjemaah.. Apa alasan kita untuk tidak pergi solah berjemaah?? tepuk dada tanya iman.


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa-.-



Seorang Bayi Mempunyai Dua Kemaluan| Bayi ini bukan dilahirkan khunsa seperti bayi yang lain kerana mempunyai kemaluan lelaki dan perempuan. Tetapi kemaluan tersebut wujud di dua tempat iaitu di bahagian normal, dan satu lagi di belakang badannya.
Bayi Li Jun yang tinggal di Kota Hejian Propinsi Henan ini segera di bawa ke Hospital Kanak-kanak Tianjin oleh orang ibu bapanya yang berasa terkejut melihat adanya kemaluan kedua pada belakang badan anaknya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan bayi tersebut untuk membuang kemaluan keduanya tersebut. Para doktor mengklasifikasikan kes ini sebagai Fetus in Fetu (FIF). Ketika pembedahan dilakukan, doktor memerlukan waktu lebih dari tiga jam untuk membuang kemaluan kedua bayi tersebut.


Seorang pakar Zoologi dari Stutgart, Dr Reinhold Hilbig yang mengkaji kesan keadaan berkurangnya berat di dalam air menemui hasil yang mengejutkan. Kajian itu sebahagian daripada penyelidikan bagaimana manusia terpengaruh dalam ruangan.
Dalam kajian berkenaan, 49 ekor ikan diletakkan dalam akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat ke angkasa. Pesawat itu mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan bila berada di angakasa.
Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai berputar tanpa orientasi yang jelas. Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk laut,” ujar Hilbig.
“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar bingung dan terlihat seolah-olah hendak muntah,” tambahnya. Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya, katanya.
Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada ‘sakit’ mereka. “Sepertinya kehilangan kenalan dengan pergerakan air dan getaran berperanan besar dalam menentu diorientasi mereka” ujarnya.


Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria. Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005. Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.


Takut dan pelik melihat pin yang menyerupai mata kail ditusuk pada bahagian belakang wanita ini. Rupa dah comel, badan pun kira ideal juga tetapi tindik juga yang merosakkan badan yang sudah cukup sempurna tu.

Kita tak tahu apakah tujuan sebenar wanita ini melakukannya, hanya dia sendiri yang tahu. Ini tersangat ekstrim dan menakutkan, tak rasa sakitkah kena tindik macam tu? memang berani gadis ni kan. 


Jika melihat iklan motosikal Honda pada zaman dulu ni macam nak tergelak pun ada. Tapi ia tetap klasik dan mempunyi nilai 'sentimental value' nya yang tersendiri. Gambar-gambarnya boleh dikatakan ringkas dan bersahaja di samping mesej yang nak disampaikan. Yela, zaman dulu mana ada Photoshop kan nak edit berbagai. Tapi yang pasti, model iklan motosikal kebanyakkannya mesti perempuan kan?? Memang klasik..:http://apekepelik.blogspot.com/


Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 59, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah kini dirawat di hospital setelah disyaki menghidap jangkitan kuman pada paru-paru. Penyanyi itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara pada 20 Mei lalu setelah dia mengadu tidak sedap badan dan menggigil selepas menjalankan tugasnya sebagai juri tetap Mentor 6 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Rakan baiknya, Khalilah Mohd. Talha memberitahu, selepas Kak Pah berasa kurang sihat, dia terus dibawa ke hospital. Ketika menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan paru-paru penyanyi itu telah dijangkiti kuman mengakibatkan dia mengalami demam yang teruk.


PUCHONG - Hobi pelik wanita tua mengumpul dan melonggokakan barang terbuang dan sampah di ruang tamu serta laman rumahnya menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga yang tinggal di Jalan 11 Taman Bukit Kuchai. Difahamkan, aktiviti dijalankan lebih 30 tahun lalu dan turut menjadi pendapatan sampingan warga emas berusia 70 tahun itu dikatakan menjadi punca lebih 200 penduduk sekitar diancam masalah pembiakan tikus dan juga haiwan berbisa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, dia pernah menasihati jiran yang tinggal selang dua rumah dari kediaman dihuninya namun kata-katanya seolah-olah tidak diambil peduli. Menurutnya, selain terpaksa menghidu bau busuk, penduduk juga berdepan masalah tikus yang bermaharajalela di rumah wanita warga emas berkenaan.

Ahmad berkata, dia sudah mengadu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2010. Apabila melihat isu itu tidak juga selesai, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui panggilan telefon untuk membuat aduan sebelum maklum balas diterima mengatakan pihak itu akan mengambil tindakan susulan. – SH


SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.SH

Satu klip video selama 3.55 minit yang diupload memaparkan tentera Basyar Asad laanahumullah menembak rakyat. Ada yang mati dan luka. Seorang lelaki berjubah dan berserban putih dilihat tenang menuju kepada seorang yang ditembak ketika orang lain begitu kalut, mengangkatnya tanpa ada kesan darah melekat di bajunya.

Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.

Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.

Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.

Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.

2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).

Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.

Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.

Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.

Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.

Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini-aiyangdisayang

-ustaz nik nasri-

Mungkin selepas ni lebih ramai lagi yang akan menyertai BERSIH jika ada amoi-amoi yang cun turut menyertainya juga. Maknanya peserta demo akan ada dua alasan untuk cuci mata, pertama cuci mata menengok awek dan kedua cuci mata sebab kena gas pemedih mata.