Koleksi Sensasi


PARIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.
Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.
Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.
“Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.
Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.
Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.
Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam. – HM


Tubuh yang seksi sudah semestinya impian setiap wanita tapi tidak semestinya keseksian yang wanita impikan itu boleh menggembirakan semua orang tetapi perkara sebaliknya boleh berlaku sebagai contoh seperti wanita-wanita cantik dan seksi di bawah ini.


Debrahlee Lorenzana bekas pekerja CitiBank yang dipecat kerana dianggap terlalu seksi.


Geisy Arruda seorang mahasiswi asal Brazil yang di keluarkan dari kampusnya kerana dianggap berpakaian teramat seksi.

 

Kyla Ebbert seorang pramugari Southwest Airline yang ditolak untuk terbang kerana berpenampilan sangat seksi dan berpakaian provokatif mengundang kontroversi orang yang melihatnya.

 

Zafan Wan 22 tahun seorang anggota polis di England berusia 22 tahun dibuang kerja kerana dianggap terlalu seksi dalam bertugas

Melissa Theuriau seorang pembaca berita di salah satu TV Perancis juga dipecat kerana terlalu seksi.
katakcomel



NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.
Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.
Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.
Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.
“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.
Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.
Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.
Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.
Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.
Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.
“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. – Agensi

Pahang merupakan negeri yang kaya dengan sejarah dan telah wujud sejak dari kerajaan Melayu Melaka. Terletak di pantai timur semenanjung, negeri Pahang agak kurang popular berbanding negeri negeri Kelatan dan Terengganu yang terletak di wilayah yang sama. Faktor ini mungkin disebabkan oleh geografi di negeri Pahang yang sangat luas dan terpisah jauh dari satu daerah ke satu daerah dan menyebabkan tiada ikatan yang kuat di antara rakyat berbanding negeri Kelatan yang kecil dan rakyatnya tidak dipisahkan oleh jarak yang terlalu jauh.

Memang agak sukar sebenarnya untuk kita mendengar loghat Pahang bebanding loghat Kelantan dan Terengganu. Kali ini mari kita dengar lagu loghat negeri Pahang (Temerloh) yang jarang kita dengar. - malaysiasensasi.blogspot.com




London – Pada 1883 terdapat sebuah gambar yang pada mulanya didakwa merupakan bukti kemunculan UFO. Kini saintis mendedahkan fakta sebenar di mana gambar itu bukanlah kemunculan UFO. Saintis Universidad Nacional Autonoma de Mexico yakin, gambar tersebut sebenarnya adalah sebuah komet besar yang muncul untuk menghentam Bumi. Komet ini juga didakwa mempunyai berat seberat objek yang memusnahkan dinosaur.

Gambar yang dirakamkan oleh ahli astronomi Mexico, Jose Banilla pada 12 Ogos 1882 ini menunjukkan terdapat sesuatu yang melintas di hadapan matahari. Semasa diterbitkan kepada umum di majalah L’Astronomie 1886, gambar ini digelar sebagai gambar UFO pertama.

Namun hasil kajian terkini mendedahkan, objek itu adalah sebuah komet. “Ia merupakan komet yang berkecai yang mendekati Bumi,” ungkap ketua penyelidik Hector Javier Durand Manterola.

Menurut perhitungan kami, jarak objek itu 538-8.062km dan lebar objek antara 46-795m, katanya. Jisim komet ini mencapai lapan kali jisim komet Halley. Maksudnya komet ini mempunyai berat yang sama dengan objek yang memusnahkan dinosaur.SUMBER:fb

Tuan Guru Dato' Harun Din merupakan seorang tokoh agama yang tersohor di Malaysia. Kemahirannya dalam ilmu agama islam memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah, tersebar luas kisah bagaimana beliau memindahkan jin dengan menggunakan bas. Kisah ini terus menjadi buah mulut masyarakat. Bagaimanapun, malaysiasensasi.net terjumpa satu video penafian dari Tuan Guru sendiri. Saksikan



Majelis Rasulullah SAW Doa Untuk Bangsa & Dzikir Akbar Majelis Rasulullah SAW bersama AlMusnid Al'allamah AlHabib Umar bin Hafidh Senin,27 Desember 2010,Monumen Nasional,Jakarta - Indonesia


Setelah sekian lama berjuang mendapatkan izin untuk bisa berenang tanpa baju renang atasan alias topless, Jodi Jaecks akhirnya menemukan usahanya berhasil.
Mantan penderita kanker payudara itu bisa berenang di kolam renang umum tanpa atas untuk menutupi dadanya.
Usaha perempuan yang kini berusia 47 tahun itu bukan tanpa tanpa halangan sebelumnya. Dia ditolak oleh petugas kolam renang umum di Seattle karena tidak mau mentaati aturan yang berlaku bahwa setiap perenang harus memakai baju renang sesuai jenis kelaminya.
Namun mengingat tak ada lagi yang harus ditutupi oleh Jodi dibagian tubuh atasnya, setelah dia menjalani operasi pengangkatan kedua payudara akibat kanker payudara beberapa silam, dia pun mencoba melawan aturan tersebut.
"Aku tidak akan berpura-pura, aku tidak malu akan kondisi tubuh saya," ujar Jodi seperti dikutip dari msnbc.com.
Apalagi dia menjelaskan, alasannya berenang tanpa baju atasan juga bukan tanpa alasan jelas. Jaecksmengaku dia sudah berusaha mencari kemana-mana untuk mencari baju renang wanita namun tidak ada yang sesuai dengan dirinya. Semua baju renang wanita selalu dilengkapi dengan bagian untuk payudara mereka.
Jodi memutuskan untuk mengambil olah raga renang setelah mendapatkan rekomendasi dari tenaga kesehatan bahwa olagraga itu yang bisa membantunya meringankan rasa sakit yang masih menderanya akibat operasi mastektomi ganda dan kemoterapi beberapa tahun lalu karena penyakit kanker payudaranya.
Jadi, ketika fasilitator dari kelompok pendukung penderita kanker payudara menyarankan agar ia mencoba berenang, Jaecks sangat senang. "Air terdengar menenangkan," katanya.
Namun usaha itu mengalami hambatan setelah manajemen kolam Renang Medgar Evers di Distrik Pusat Seattle menyatakan melarang bagi siapapun berenang tanpa pakaian renang. Para pejabat mengatakan penampilannya akan mengganggu suasana keluarga suasana kolam dan mereka bersikeras bahwa Jaecks harus mengikuti kebijakan yang ada dan memakai "pakaian renang yang sesuai gender."apekepelik.blogspot.com


MADINAH: Polis di Masjid Nabawi menahan seorang wanita Saudi yang berpakaian lelaki selepas dia memasuki kawasan jemaah lelaki berhampiran makam Rasulullah (SAW).

Jurucakap polis, Fahd Al-Ghaman memberitahu akhbar Okaz, pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena pada ‘lelaki’ itu kerana bentuk badannya. Dia kemudian ditahan ketika meninggalkan kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Satu sumber berkata, penyiasat tidak yakin dengan dakwaan wanita itu bahawa dia hanya mahu melihat kawasan berkenaan.

“Wanita itu cuba melarikan diri apabila ditahan. Tetapi dia menyerah diri selepas lelaki yang ada bersamanya, berjaya ditangkap. Lelaki itu ialah suaminya,” kata seorang pengawal masjid berkenaan. - Agensi

Gambar di bawah ini kalau dikatikan boleh menjadi satu cerita yang lucu dan menarik. Berkisar tentang, gambar pertama; Bush mencium isteri Presiden China, dan dia tidak boleh berbuat apa-apa. Gambar ke dua pula, oleh kerana pengalaman sewaktu di Amerika, sewaktu Bush membuat kunjungan balas, maka inilah aksiya.

dan sekatu di China................


Erin
Panas Isu Erin Malik Didakwa Hisap Ganja Di Set Penggambaran. Erin dikatakan telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu. Erin Malik turut membidas dakwaan tersebut.
Menurut Erin, dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut. Walaubagaimanapun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.
Perkembangan lain, Erin yang sudah selesai penggambaran Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie, Nur Iman untuk tayangan Ramadan ini bagi siaran RTM.meow



Seramai empat mak nyah diambil bekerja sebagai pramugari PC Air dalam kempen pengambilan pekerja baharu syarikat penerbangan berkenaan di Thailand.

"Saya suka kerja yang membolehkan saya menonjolkan kebolehan. S suka memakai seragam yang cantik," kata seorang pramugari mak nyah, Phuntakarn Sringern, 25, yang lebih dikenali sebagai Mew semasa mula bertugas dalam penerbangan ke Hong Kong pada Jumaat lalu.

Rakan sekerjanya, Chayathisa Nakmai, 24, yang juga seorang mak nyah berkata, dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari.

"Namun, syarikat penerbangan hanya menawarkan jawatan pramugari dan pramugara kepada wanita dan lelaki, orang seperti kami tidak diterima. Kini, segalanya sudah berubah," Chayathisa.

Penampilan mereka yang sama seperti pramugari lain menyebabkan penumpang tidak menyedari bahawa Mew dan rakan-rakannya ialah mak nyah.

Semasa pesawat berada di udara, beberapa penumpang penerbangan tersebut turut mengambil kesempatan bergambar dengan mereka.

"Oh, saya tidak tahu mereka mak nyah. Mereka nampak cantik dan sopan," kata seorang penumpang yang menamakan dirinya Bay ketika ditemu bual pemberita.

Thailand memiliki budaya toleransi terhadap orientasi seksual dengan mak nyah dianggap sebagai jantina ketiga di negara itu.

Althorp, taman keluarga Spencer di Northhampshire, England. Anda akan menemui pandangan indah, dan juga ia merupakan tempat di mana Puteri Diana dikebumikan di sebuah pulau di tengah tasik yang digelar Putaran Oval. 


Kontroversi budaya Mandailing menjadi bertambah buruk apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertindak merusuh di luar Malaysia Hall dan melempar sejumlah telur dan batu-batu besar sehingga merosakkan beberapa bahagian bangunan itu di Jakarta, pada Jumaat.

Kumpulan NGO Pemuda Pancasila itu, yang sebelumnya membakar bendera Malaysia dan melempar telur ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan selepas solat Jumaat, terus menghala ke Malaysia Hall di Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng dan mula bertindak lebih ganas.

Di Malaysia Hall, mereka menyerang seorang pengawal keselamatan di situ menyebabkannya cedera ringan, membaling batu besar hingga memecahkan tingkap rumah warden selain merosakkan pintu pagar utama dan mengotorkan tingkap bangunan itu dengan telur yang dilempar ke situ.

Kumpulan perusuh itu juga merosakkkan bumbung bahagian hadapan Malaysia Hall dengan lemparan batu-batu.

Pengarah Education Malaysia (EM) Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kejadian di Malaysia Hall itu berlaku pada pukul 1.45 petang apabila sekumpulan 50 anggota Pemuda Pancasila mula menyerang dengan melempar batu, kayu dan telur ke bangunan Malaysia Hall.

Susulan serangan itu, Pengawal Keselamatan Malaysia Hall Jakarta, Bambang Sukrisno membuat laporan polis.

Dalam demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia sebelumnya, kumpulan Pemuda Pancasila yang disertai oleh beberapa kumpulan pelajar lain, yang kesemuanya berjumlah hampir 100 orang berdemonstrasi bagi membantah cadangan Malaysia untuk mengiktiraf tarian Tor-tor dan paluan Gordaang Sembilan sebagai salah satu cabang warisan negara.

Nangis kalah bola ke? - gambar hiasan


Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Namun, kedua-duanya tidak 'hadir' kerana mereka juga tidak dijemput penganjur majlis iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas.

'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi.

Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim.

Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut.

Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Hock Nam pula mendapat anugerah 'Terlajak Perahu Boleh Diundur' (Foot in mouth) kerana pernah mengeluarkan kenyataan "bangunan lama yang terbengkalai ibarat perempuan tua" (22 Februari 2011).

Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia".

Mereka turut mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang sama lagi tahun hadapan.

Ketika ditanya wartawan sama ada penganjur bercadang untuk menjemput mereka yang tercalon pada tahun-tahun akan datang, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM), Ivy Josiah berkata perkara itu bergantung kepada sejauh mana mereka yang tercalon mampu menerima jenaka satira yang cuba dibawa penganjur.

"Kita perlu membina deria lucu (mereka yang tercalon) dahulu," katanya tersenyum penuh makna.mk


BEIJING - Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet dengan seorang mangsa maut, manakala rakannya parah. 

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan. Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun. Pertubuhan itu turut menyiarkan rakaman video menunjukkan dua lelaki itu memegang bendera kemerdekaan Tibet ketika badan mereka dijilat api. 

Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet, China. Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet. - AP


Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menjelaskan pembukaan butik ‘Rack’ yang dimiliki bersama kakaknya iaitu, Shakira Idora adalah sebagai satu permulaan agar masa depan hidupnya lebih terjamin.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan berkata, nasib dirinya sebagai pelakon dan penyanyi masih belum menentu dan sebagai persediaan dia perlu bermula daripada sekarang untuk merancang masa depannya dengan berniaga.
“Akan sampai satu tahap nanti mungkin saya tidak diperlukan lagi dalam industri seni dan saya perlu bersedia untuk itu. Perniagaan butik pakaian adalah yang paling saya minati dan kebetulan bidang yang saya ambil semasa di universiti adalah pemasaran fesyen.
“Segala apa yang saya pelajari sebelum ini telah dicurahkan untuk butik Rack dan berharap ia akan mendapat sambutan,” ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran butik tersebut.
Butik Rack terletak di The USJ City Mall, Subang Jaya yang antara lain turut menyediakan pelbagai pakaian, kasut dan aksesori wanita.
Dalam pada itu Kilafairy berkata, keistimewaan produk di butiknya apabila rekaan yang ditampilkan adalah berlainan serta berbeza di antara satu sama lain.
Dia juga turut menghasilkan kasut khusus untuk pelanggan yang gemarkan tapak tinggi.
“Susah sebelum ini nak cari kasut yang bertumit lebih daripada lima inci. Ia telah memberi idea untuk saya mereka sendiri kasut sebagai salah satu jenama asli Rack,” ujarnya.
Sementara itu, Kilafairy memasang azam untuk membuka beberapa lagi cawangan termasuk butik khas untuk lelaki.
Malah dia berharap Rack akan dapat menembusi pasaran antarabangsa dan dapat memperkenalkan produk itu di luar negara.
Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal berangkat ke Melbourne, Australia awal Julai depan selama sebulan kerana mahu menghantar kakaknya yang melanjutkan pelajaran sambil mengambil kesempatan bercuti di negara itu.
“Sambil bercuti boleh juga mengintai peluang atau mencari idea bagi mempelbagaikan produk Rack,” ujarnya.

Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput. Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum. Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar. Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. - Agensi

Gadis Ireland, Natalie menggunakan bibirnya sebagai berus untuk menghasilkan lukisan di atas kanvas. Bermula semasa berada di sekolah tinggi, beliau melakukan eksperimen dengan bakat seninya dengan cara yang luar biasa tanpa menggunakan berus, tetapi menggunakan bibirnya. Idea ini berlaku semasa beliau sedang bersolek untuk keluar pada suatu malam, dari situlah detik bermulanya seni luar biasa beliau.


Bertubuh gemuk bukan hambatan untuk tampil percaya diri. Ratusan lelaki dan wanita bertubuh gemuk  bangga dengan keadaan tubuhnya ketika berkumpul di Club Bounce, sebuah kelab malam di California, AS. Ya, Club Bounce memang didirikan khusus untuk mereka yang memiliki berat tubuh  dari 125 kilogram, bahkan ramai di antara mereka yang berat sehingga 150 kilogram.

"Saya menyukainya, saya akan pergi ke Club Bounce malam ini. Saya akan memakai baju terpendek yang pernah saya ada," kata Monique Lopez, wanita berusia 23 tahun bertubuh "subur" tersebut.

Lisa Marie Garbo (40) adalah pemilik Club Bounce, lima tahun lalu. Dia memang sengaja mengkhususkan kelabnya untuk orang-orang gemuk. "Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa gemuk adalah kata-kata buruk. Menurut saya, ramai orang kini berpendapat demikian," katanya. Kelab itu berkapasiti 400 orang. Sebanyak tiga perempat pelanggannya adalah wanita, dan selebihnya adalah pelanggan lelaki.


SARATOK - Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.
Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak.
"Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).
"Saya mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuan saya kehilangan ibu mereka," tegasnya ketika ditemui di sini kelmarin.
Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.kosmo


PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Khamis meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.
Mohd Rafizi memaklumkan mengenai perletakan jawatan itu menerusi Twitter milik beliau pada petang Khamis.
Beliau berkata, perletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor boleh merujuk pada Kerajaan Negeri atau Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Rafizi dalam Twitter miliknya turut berkata. “Letak jawatan adalah proses biasa. Perlu sedikit rehat. Letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.”
Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu.


Chin Peng
Chin Peng, pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin Melalui blognya, zamkata. blogspot, berkata, beberapa kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali  orang yang melawatnya.

Menurut blog itu, seorang daripada dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu, Chin Peng telah dikejarkan ke hospital dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin tenat.

Dua orang pembantunya cuba memberitahu tentang kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar.

Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantu bahawa sebelumnya dia telah pun bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun.

Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta).




Kaherah – Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.

Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.

“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.

“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.

Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.