Koleksi Sensasi

Seorang guru mengajar subjek bahasa Inggeris yang bernama Lin Xuewei menjadi terkenal secara tiba-tiba di Guangdong University of Foreign Studies Business College. Dia menjadi popular bukan kerana memakai pakaian yang ketat dan seksi tetapi kerana kecantikan semulajadinya sehinggakan dia digelar "Goddes Sister". 


Disebabkan kecantikan yang dimiliki oleh Lin Xuewei, kebanyakan pelajar-pelajar di universiti tersebut tidak lagi ponteng kelas apabila cikgu bahasa Inggeris ini masuk mengajar. Menurut rakan sekolah sekolahnya dahulu, dia digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kecantikan yang sangat sempurna. 

Ada juga yang berjenaka dengan mengatakan kalau la dari dulu lagi cikgu-cikgu yang mengajar bahasa Inggeris ini cantik, sudah tentu prestasi subjek bahasa Inggeris meningkat. Ada juga pelajar yang menulis untuk meminta Kementerian Pelajaran supaya mula mengambil guru-guru yang cantik sebagai tenaga pengajar.



 sumber : nicknashram


Uganda - Lebih 300 remaja di Uganda maut kerana penyakit misteri yang menjangkiti semakin ramai kanak-kanak di utara negara Afrika dan di beberapa kawasan di Sudan Selatan.
Penyakit itu dikenali sebagai sindrom angguk kerana pesakit akan menganggukkan kepala mereka dan berkelakuan seperti diserang sawan.
Penyakit berkenaan turut membantutkan tumbesaran kanak-kanak dan memusnahkan keupayaan kognitif dengan menyebabkan mereka gagal melakukan tugas mudah.
Sebahagian pesakit tidak mengenali ibu bapa mereka.
"Kami melakukan ujian ke atas beberapa kanak-kanak ini dan mendapati keadaan sebahagian mereka tidak berubah manakala sebahagian lain terus merosot tetapi tiada seorang pun yang beransur sembuh," kata Scott Dowell yang merupakan Pengarah Divisyen Pengesanan Penyakit Global dan Tindak Balas Kecemasan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Beberapa pegawai Uganda berkata, sekitar 3,000 kanak-kanak di negara Afrika Timur itu menghidap penyakit berkenaan.
Menurut mereka, setakat ini punca penyakit maut itu tidak dapat dipastikan.
Saintis CDC kini berusaha untuk mengenal pasti mengapa penyakit itu cuma menyerang kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun. - AP


Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...


Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”sumber:fb


Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya. 

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.malaysiakini


TAPAK KAKI RASULULLAH SAW YANG DISATUKAN DI DALAM BEKAS MINUMAN DI MASJID AL-KARIMIYYAH,SYRIA.SAPE PERNAH MINUM AIR DARINYA??? UNTUNG LAH.:-)

Kesan tapak kaki pada batu tersebut telah dibawa dari tanah hijaz ke Turki untuk dijaga oleh pihak kerajaan Turki Uthmaniah. Namun ketika perjalanan sampai di Halab, batu yang dibawa telah dicuri dan kemudian ada yang menemui batu tersebut lalu ditempatkan di kawasan Masjid Karimiyyah. Wallahualam.link


Artikel dalam bahasa Indon, cubalah translate sendiri

Seorang doktor biasanya menolong pesakitnya tetapi berlainan pula dengan doktor yang satu ini, dia sangat terkenal kerana kekejamannya terhadap manusia.
Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi dan ljuga Lefternan Jeneral Unit 731, sebuah unit perang biologis Tentara Jepun. Dia dilahirkan di Desa Shibayama Daerah Sanbu di Chiba, dan belajar kedoktoran di Universiti Kyoto. Pada 1932, dia memulakan eksperimen pendahuluan dalam perang biologi sebagai projek rahsia ketenteraan Jepun. Pada tahun 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun 150 gedung-gedung lebih dari enam kilometer persegi di luar kota Harbin, China.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Ishii dan yang lain di bawah Unit 731 ialah pembedahan makhluk hidup hidup orang (termasuk wanita hamil yang dihamili oleh doktor), tahanan dengan kaki diamputasi dan dipasang ke bahagian lain dari tubuh mereka, sejumlah tawanan dibuat beku anggota tubuhnya dan dicairkan untuk mempelajari hasil daripada penyakit yang tidak diubati. Manusia juga digunakan sebagai bahan ujian hidup untuk pelempar granite dan nyala api.

Tahanan disuntik dengan inokulasi penyakit, dengan dikatakan sebagai program vaksinasi, untuk mempelajari reaksi mereka. Untuk mempelajari kesan penyakit kelamin yang tidak ada ubat, tawanan laki-laki dan perempuan sengaja diinfeksi dengan sifilis melalui perkosaan, lalu dipelajari. Setelah diberikan kekebalan oleh Otoritas Pendudukan Amerika pada akhir perang, Ishii menghabiskan waktunya dalam penjara untuk kejahatannya dan meninggal pada usia 67 akibat kanser kerongkongan.

Seorang petani dari wilayah Jiangsu, China, Chen Guanming menggunakan wang derma bagi membiayai kayuhannya selama dua tahun ke London untuk menyaksikan Sukan Olimpik.

Guanming, 57, berkata, rakan-rakan dan orang ramai yang bersimpati dengannya terutama komuniti Cina telah menderma wang kepadanya untuk membiayai perjalanan tersebut. Dia tiba di London dengan menaiki feri dari Perancis pada 6 Julai lalu.

Guanming memulakan perjalanannya sejauh 60,000 kilometer itu pada April 2010 dari kampungnya di wilayah Jiangsu.

Sebanyak 16 buah negara telah dilaluinya sepanjang perjalanannya itu.

Guanming berkata, dia tidak pernah ke luar negara sebelum memulakan perjalanan ke London.

"Saya datang untuk memberi sokongan kepada peserta dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan sukan," katanya.

Guanming juga sempat mencari tiket untuk menyaksikan majlis pembukaan sukan tersebut.

Beca roda tiga miliknya dipenuhi dengan barang-barangnya.

Terdapat gambar yang menunjukkan dia berada di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Menara Eiffel di Paris.

Guanming menyatakan dia teruja untuk datang ke sini selepas majlis penutup Sukan Olimpik di Beijing, China pada 2008.

Pengalaman paling buruknya ialah semasa mengembara ketika banjir melanda Thailand.

Menurutnya, dia juga terperangkap dengan cuaca sejuk di Turki.

Seorang broker Britain, John Beeston yang boleh bercakap bahasa Mandarin berkata, dia menemui Guanming yang sesat di bandar raya ini pada 9 Julai lalu.

Dia juga berusaha menbantu Guanming untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan majlis perasmian sukan tersebut.

Antara negara yang pernah dilaluinya dengan beca tersebut ialah Vietnam, Pakistan dan Itali.

"Saya berasa gembira kerana dapat datang ke London," katanya.

Dalam tempoh sebulan atau dua lagi, dia merancang untuk menaiki kapal ke Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil. - Agensi


10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.


10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.




Syeikh Soleh al-Ja’fari, imam Masjid al-Azhar pernah ditangkap ketika mempertahankan ibubapa Nabi saw. Beliau dibawa ke penjara kerana menyatakan ibubapa Nabi saw wafat dalam keadaan Islam ketika mengajar di Masjid Nabawi. 



Sewaktu lalu di hadapan maqam Nabi saw, Syeikh Soleh Ja’fari mengadu dengan katanya, Inikah kesudahanku akibat mempertahankan ibubapamu wahai Rasulullah. Syeikh Soleh kemudiannya dibebaskan tanpa masuk kedalam sel penjara. Syeikh Soleh bertanya kepada pengawal kenapa beliau dibebaskan. Lalu pengawal itu memberitahu, Majikanku bermimpi Rasulullah saw malam tadi meminta beliau membebaskan engkau kerana engkau telah mempertahankan ibubapa Rasulullah saw.
 — fb

Gambar di bawah ini didakwa di rakam pada tahun 1961. Lokasi di Rumah Sakit Kuala Lipis Pahang. Apa yang menjadi misteri hingga ke hari ini ialah, siapa wanita yang berada di tingkat atas bangunan tersebut.

Amoi ini sangat cantik dan agak seksi juga. Kalau di Malaysia wajah yang cantik sebegini biasanya sudah menjadi model majalah, atau model iklan. Tetapi nasib orang Cina di China adalah tidak sama dengan Malaysia. Kerana dia hanya bekeja sebagai pengutip sampah.

Seorang ibu begitu terobsesi untuk menjadi serupa dengan anak gadisnya. Padahal usia keduanya berbeza 22 tahun!
Gambar Sebelum Pembedahan


Untuk mewujudkan keinginannya itu, wanita Inggeris tersebut rela menghabiskan ribuan pounds untuk menjalani pembedahan plastik. Upayanya itu tidak sia-sia. Kini Janet Cunliffe bagaikan saudara kembar putrinya, Jane ...



Janet yang tadinya berambut merah kini telah berambut perang tepat seperti Jane. Janet yang tadinya bertubuh gemuk tak keruan setelah melalui pembedahan dan diet kini berbadan sintal. Padahal usianya sudah 50 tahun. Sedangkan anaknya, Jane berumur 28 tahun!

Dalam gambar yang dimuat di harian Inggeris, Daily Mail, seperti dipetik News.com.au, Jumaat terlihat bagaimana kedua-dua wanita itu mirip bak anak kembar.



Janet yang menjadi ibu tunggal itu merasa senang dengan penampilan baru dirinya. "Sekarang bukannya seperti ibu dan anak, kami lebih kelihatan seperti kembar," ujar Janet.


Ini Selepas Pembedahan

"Pertama kali kami pergi ke bar tempatan, kami menjadi pusat perhatian," tutur Janet. "Lelaki terus-terusan memandang kami berdua dan semalaman orang-orang bertanya apakah kami adik-adik," cerita Janet.



Jane sendiri bangga dengan penampilan baru ibunya. Menurutnya, kini mereka pun jadi semakin dekat. "Dia jauh lebih baik daripada Madonna di usia 50 tahun," puji Jane.


Gambar Dengan Anaknya
Janet diberitakan telah menghabiskan 10.000 pounds untuk pembedahan tersebut, termasuk pembesaran payudara dan pembedahan pada mata dan hidungnya.siakapkeli

Mana-mana kaunter perkhidmatan pelanggan kebiasaanya memang lembab macam kura-kura. Biarpun berurusan dengan perkara yang kecil kita tetap terpaksa menunggu agak lama. Apatah lagi jika berurusan dengan mereka yang 'berjawatan tetap'. - gambar hiasan


Seorang lelaki yang merupakan peminat kepada penyanyi Britney Spears telah menjalani pembedahan jantina dan membuat perubahan untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti penyanyi itu. Transeksual, Kara Hays kini telah membelanjakan lebih £ 60,000 pada pembedahan jantina, perubahan wajah dan implan payudara. Berusia 26 tahun, yang dilahirkan seorang lelaki dengan nama Kody, kini dijangka memiliki sedikit sebanyak persamaan dengan penyanyi itu. Hays berkata, selepas membuat keputusan untuk menukar jantina, memilih wanita yang dia minati adalah pilihan semula jadi. Lelaki berusia 26 tahun itu berkata, rupa yang baru yang kini telah berubah meniru penyanyi itu, akhirnya membawa kebahagiaan kepadanya.

Pada usia 15 tahun, ibu bapanya membenarkannya untuk berjumpa doktor dan dia didiagnosis dengan dysphoria jantina pada tahun 1999 dan mula mengambil hormon wanita. Sejak beberapa tahun kemudian, payudaranya mula tumbuh, dan dia mula bebas berpakaian seperti seorang wanita dan menukar namanya kepada Kara. Pada tahun 2002, Kara kemudian menjalani pembedahan penukaran jantina selama 14 jam dan pembedahan implan payudara, dan setakat ini telah membelanjakan kira-kira £ 60,000.

Dia juga telah mewarnakan rambutnya dengan warna blonde dan baginya itulah kesempurnaan. Dia mula yang salah anggap sebagai Britney dan bahkan disebut sebagai bintang mega paparazzi, sesuatu yang dia sangat banggakan. Kara kemudian berpindah ke New York untuk menghadiri Conservatory New York untuk Seni Drama, lulus tahun lepas sebelum bermula pada ijazah dalam bidang perhubungan awam.


BEIJING - Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar.

Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini.

Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital.

Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu.

Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah. - Agensi

Gambar dibawah ni adalah gambar Mizz Nina isteri kepada Noh Hujan. Difahamkan sesi photoshoot dibawah ni diambil untuk pembikinan video lagu terbaru Mizz Nina. Tidak dapat dipastikan lagu video baru apa Mizz Nina yang dilancarkan itu. Pastinya ianya bersifat internationale dan segar semangat untuk ditonton. Nantikan.
sumber:izyan.com-gambar Via



1)”Dia Tidak Senang Duduk”

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2) “Tunjuk Minat”

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”

Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

5) “Bersikap Terbuka”

Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

6) “Membayangi Anda”

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

sumber: Facebook


JARANG sekali ada manusia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan manusia yang tidak dikenalinya. Jikapun ada, dia akan dianggap sebagai 'wira' dan menerima penghormatan umum dari khalayak ramai, malah mungkin beritanya tersiar di muka depan akhbar keesokan harinya

Malang bagi JinJie Deng, bila dia tidak menerima penghargaan yang selayaknya.

Selepas menyelamatkan 3 orang dalam satu keluarga dari mati lemas di Loudi City Sunshuihe Park, China, Deng dibiarkan lemas keseorangan.

Pemuda berusia 27 tahun itu kehabisan tenaga selepas menyelamatkan keluarga tersebut. Kerana keletihan dalam usaha menyelamatnya, Deng tidak dapat mengawal diri dan dihanyutkan arus sungai yang deras. Deng mati lemas sedangkan keluarga yang diselamatkan meninggalkannya begitu saja.

Menurut saksi yang melihat insiden berkenaan, seseorang cuba untuk menghalang keluarga tersebut dari meninggalkan tempat kejadian, tetapi seorang wanita dari keluarga yang diselamatkan Deng berkata, “Bukan urusan kami,” dan memandu kereta mereka pergi dari situ.

“Amat menyedihkan bila keluarga tersebut tidak mahu tahu nasib yang menimpa JinJie Deng yang dihanyutkan arus. Mereka tidak sepatutnya meninggalkan tempat kejadian sebelum mengetahui orang yang menyelamatkan nyawa mereka masih hidup atau mati,” ujar saksi berkenaan. -RR/PjO

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)sumber:fb


Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters.
Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.
Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.
Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.
Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.
Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana.
Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.
Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.
Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.
Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi


JAKARTA - Seorang aktivsi alam sekitar dari Perancis, Aurelien Brule yang popular dengan panggilan Chanee tinggal di dalam sebuah hutan di Indonesia sejak 15 tahun lalu.
Dia tinggal di dalam hutan tersebut dengan tujuan untuk menentang pembalakan, rasuah dan syarikat penanaman kelapa sawit. Brule menetap di sebuah Pusat Pemuliharaan Kalaweit di Kampung Pararawen, Kalimantan. Brule juga berusaha untuk menyelamatkan kehidupan haiwan ungka di hutan itu.
- AFP


KUALA LUMPUR - Polis bantuan yang ditempatkan di pusat-pusat beli-belah hanya mempunyai kuasa menahan penjenayah dan sebarang tindakan lanjut perlu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, mereka tidak diberi kuasa untuk menyoal siasat.
"Kehadiran polis bantuan di pusat beli-belah ini merupakan satu usaha yang dijalankan bagi membantu PDRM mencegah serta mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Mortadza berkata, 22 polis bantuan dari pusat beli-belah di ibu kota adalah antara 97 peserta yang menjalani latihan di Pulapol ketika ini.
Latihan yang diberikan antaranya, kursus kawad, latihan jasmani, seni mempertahankan diri, menembak, undang-undang, penyeliaan dan rondaan bagi meningkatkan kemahiran pelatih-pelatih polis bantuan daripada pelbagai agensi, katanya. kosmo

SEPERTI sesuatu yang tidak kena dengan Miley Cyrus pada kali ini, pergelangan tangannya terdapat kesan luka seperti dicakar.
Menurut laporan Dailymail, kesan luka pada tangan penyanyi berusia 19 tahun itu dilihat ketika dia meninggalkan kelas pilates di Los Angeles Khamis lalu.
Walaupun lukanya jelas menjadi perhatian umum, namun Miley tidak mengulas tentang luka tersebut. Namun, dia juga tidak tampak berusaha menyembunyikannya.
Dalam pada itu, luka yang dialami pelantun Can't Be The Tamed itu adalah yang pertama kali dilihat umum. Pada April lalu, dia dimasukkan ke hospital gara-gara tangannya terkena pisau blender.


Pada zaman ini kebanyakan manusia adalah Gila. Mayat-mayat yang kering boleh di jual untuk tujuan penyelidikan oleh doktor-doktor baru. Sumber: apekepelik.blogspot.com


Yu Yu berusia 3 tahun dan mengalami masaalah yang sangat menyedihkan. Yu yu adalah seorang budak yang sukar berjalan kerana mempunyai kaki yang lebih besar daripada badannya. Pada masa ini Yu Yu terpaksa berjalan tanpa kasut. Ini kerana tiada lagi kasut yang sepadan dengan saiz kaki nya.

ads


PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.

Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak - AFP

Bagi sesetengah orang, bermain permainan video tu mungkin merupakan satu bentuk riadah yang berbaur keseronokkan selain dapat mengasah minda melalui cabaran-cabaran yang telah disediakan di dalam permainan tersebut..Kalau bermain sekali-sekala, tak apa, tapi kalau dah 10 tahun punya fokus asyik main game ja sampai terabai kesihatan, macam mana pulak? Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..


Seorang lelaki yang berusia 31 tahun, Wang Gang yang berasal dari China maut setelah menghabiskan masa selama 10 tahun bermain permainan video online.

Berdasarkan laporan online, pakar daripada hospital berkenaan memberitahu kepada ayah Wang Gang bahawa keadaan beliau sangat teruk dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. 

Semasa 7 hari-hari terakhir, Wang Gang hanya boleh berbaring kerana mempunyai masalah di bahagian dadanya. Akibat masalah kerosakkan paru-paru yang dialaminya semasa berjaga melebihi waktu tatkala bermain permainan video, di terpaksa disokong dengan alat bantuan pernafasan untuk bernafas.

Wang Gang juga dilaporkan hanya memakan makanan yang berbentuk cecair kerana tidak berdaya untuk mengunyah makanan pepejal. Dia juga dikatakan mempunyai kesukaran untuk meminum air.

Dia juga hanya meninggalkan 2 kad bank dan lebih 20 akaun dalam permainan video online iaitu "Dungeon and Fighter" selepas meninggal dunia. Ibu kepada Wang Gang juga dilaporkan jatuh sakit kerana terlalu stress ketika menjaga anak nya itu sepanjang hari.

Ini bukan lah kali pertama majalah Time meletakkan gambar sedemikian sebagai kulit depan. Pada tahun 1999, kulit majalah tersebut memaparkan seorang wanita sedang menyusukan bayinya dalam satu laporan khas semasa perang di Kosovo.

Walaubagaimanapun, isu ini mungkin akan menyebabkan Time termasuk dalam list yang kulit depan majalahnya akan di censored di beberapa gerai surat khabar. Hudson News iaitu gerai surat khabar di New York mempunyai sejarah dalam men’censored’ majalah-majalah yang memaparkan gambar tidak senonoh sebagai kulit depan. Pada tahun 2006, gerai surat khabar Grand Central Terminal meletakkan kepingan kertas untuk ‘censored’ gambar majalah FHM sebanyak 3 keluaran berturut-turut. cipscap


Dear all, please be aware when you are at outside, no matter where you are, especially at parking lots inside the mall.

This incident happened on 16/7/2012 (yesterday night) around 10pm at 1 Utama Shopping Center, old wing LG floor car park. An old man got punched by a an assailant and was robbed. There was no security guard around at all. When the security guard arrived, they asked bystanders to stop taking photos and tried to get everyone to leave. In short they didn't care about the well being of the people they are paid to protect instead they just tried to cover up the issue. We need a change in this city, malls should take some level of responsibility! Share this so hopefully we can make a difference by using social media.


Pertandingan pertunjukan fesyen ini di adakan di penjara perempuan Centro de Orientacion Femenino (COF) di Fraijanes, sekitar 40 km sebelah timur Guatemala City. Pertandingan ini diadakan dalam rangka Perayaan Hari Narapidana. COF memiliki jumlah penghuni seramai 135 orang.
sumber: amekaw