Koleksi Sensasi

Saudara seislam seakidah dengan kita ahlu sunnah di wilayah Ahwaz dalam negara Syiah iran..Hampir keseluruhan rakyat di Ahwaz adalah ahlu sunnah..Ahlu sunnah di sana sama seperti umat islam di Palestin dengan Israel..sunni di sana ditangkap dihukum bunuh dengan sewenang2nya oleh rejim syiah Iran..pelbagai kezaliman yang sungguh menyayat hati terpaksa dilalui umat islam di Ahwaz..sumber

Di Pahang, terdapat begitu ramai sekali pahlawan-pahlawan yang berjuang menentang pencerobohan British. Salah seorang yang sempat hidup dan meceritakan perjuangan tersebut adalah Mat Kilau. 

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau mendirikan tangga dengan Yang Chik, iaitu anak kepada guru agamanya sendiri Imam Daud, Kampung Kedondong, Jerantut.

Susuk tubuh ini pernah menjadi igauan ngeri kepada British 
Mat Kilau mula belajar silat secara serius selepas beliau berkahwin.Beliau menuntut ilmu persilatan dari bapanya sendiri Tok Gajah yang juga merupakan pahlawan Pahang. Bapanya pernah bersama Datuk Bahaman pernah terlibat dalam Perang Kelang di Selangor sewaktu pertikaian antara Raja Mahadi dan Tengku Kudin.

Kehidupan aman beliau tidak lama apabila British mula masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri Pahang. Semua pembesar tidak senang dengan tindakan tersebut. Datuk Bahaman adalah orang yang paling kuat menentang British di Pahang.

Akhirnya perang meletus, pahlawan-pahlawan Pahang bermati-matian mempertahankan negeri yang makmur ini daripada cengkaman penjajah. Namun, ada juga pembesar yang tidak sehaluan dengan mereka dan lebih memihak kepada Britis yang penuh tipu muslihat itu.

Mat Kilau adalah antara beberapa orang pemuda yang turut sama menyertai perjuangan itu. Selain beliau dan Datuk Bahaman, nama-nama besar yang pernah terlibat dalam perjuangan ini ialah Mat Lela,Teh Ibrahim, Mat Kelubi dan Pawang Nong di Jerantut. Angkatan mereka bertambah kuat apabila disertai sendiri oleh Tok Gajah. Mereka mendapat sokongan padu dari rakyat, dan ini menyebabkan British menambah hebatkan lagi fitnah mereka.

Pertempuran demi pertempuran terjadi, bermula dari Lubuk Terua di Lanchang, Pahang sehinggalah kesemua pahlawan-pahlawan ini akhirnya terpaksa bersembunyi di Terengganu.

Di Terengganu mereka dibantu oleh Tokku Paloh, seorang ulama yang terkemuka di negeri tersebut. Perjuangan mereka bagaikan tidak bermakna apabila pemerintah pada ketika itu tidak memberikan sokongan kepada mereka, malah turut menyerang mereka dan Mat Kilau serta angakatanya terpaksa melarikan diri sehingga Ke Siam.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Selepas itu, berita mereka semua bagaikan sudah tiada lagi. Namun sebenarnya mereka masih hidup. Mat Kilau memakai banyak gelaran seperti Mat Siam, dan Datuk Bahaman pula dikatakan menggunakan nama Tok Guru Peramu. Namun, Datuk Bahaman tidak pernah mengistiharkan dirinya sebagai Datuk Bahaman. Malah kerajaan negeri pun seakan tidak mahu menyiasat perkara itu. 

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.


Abu Bakar, manantu Mat Kilau
Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Menurut cerita orang, selepas mengistiharkan diri, beliau telah diserang penyakit. Mulutnya menjadi herot. Lalu dibawa berubat dengan Tok Guru Peramu, dan Tok Guru Peramu memarahi Mat Kilau, katanya mulut Mat Kilau Jahat. Sementara itu, Mat Lela pula ketika mendapat tahu hal itu mengatakan bahawa Mat Kilau hendak mati, kerana itu dia mengistiharkan diri. Mat Lela juga ketika itu tinggal di Kuantan.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut. Jasanya sudah tiada..namun semangatnya masih ada....Al Fatihah untuk kesemua pejuang-pejuang bangsa ini. Semoga Allah merahmati usaha dan perjuangan murni kalian..Amin - MalaysiaSensasi.Net

Pautan Berkaitan

Si Bongkok Tanjung Puteri

Suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British. Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman. 
Sambung Baca di Link Ini: 

Tok Gajah
Tok Gajah adalah seorang pembesar dan pahlawan yang tersohor di Pahang pasa suatu ketika dahulu. Beliau juga adalah bapa kepada pahlawan terbilang iaitu Mat Kilau yang pernah menggemparkan negeri Pahang dan Malaysia sekitar penghujung tahun 1960an akibat kemunculannya di Pulau Tawar.

Tok Gajah juga terlibat dalam peperangan menentang tentera laknat British di bumi Pahang antara tahun 1891 hingga 1895.
Sambung Baca di Link Ini:

Datuk Bahaman
Orang yang memulakan perjuangan menentang British di Pahang adalah Datuk Bhaaman. Beliau berasal dari Kg.Rantau Panjang, Pahang. Datuk Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. 

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Beliau dikatakan muncul semula di Pahang sebagai Tok Guru Peramu. Namun beliau tidak pernah mengaku dia adalah Datuk Bahaman. Sedangkan rakan seperjuangannya ada yang mengesahkan bahawa Tok Guru Peramu itu adalah Datuk Bahaman.
Sambung Baca di Link Ini:
Siapa Tok Guru Peramu Episod 1 | Episod 2

Datuk Maharajalela
Datuk Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III.
Sambung Baca di Link Ini:

Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras

Sambung Baca di Link Ini:


Rosly Dhoby
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. 

Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Sambung Baca di Link Ini:


Suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British. Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman. 

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok. Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut. 

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor. 

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar. 

Akhirnya, di tepi pantai Tanjung Belungkur, dua beradik itu bersemuka buat kali terakhir. Pertelingkahan terus tercetus dengan masing-masing menegakkan prinsip yang tersemat di hati.

Panglima Putih terus membela Temenggung Abdul Rahman dan Si Bongkok terus mempertahankan hak kedaulatan Tengku Ali dan maruah tanah air daripada campur tangan British.

Pertengkaran hebat itu akhirnya berlarutan kepada pergaduhan. Kedua-dua pahlawan gagah perkasa itu bertempur hebat dan tangkas tetapi Panglima Putih tetap gagal membolosi keris ke jasad Si Bongkok lantaran kekebalan pahlawan itu.

Selepas melihat adiknya beriya-iya mahu membunuhnya walaupun beliau adalah abang kandung panglima diraja itu, Si Bongkok akhirnya pasrah. Beliau tidak sanggup membunuh adiknya sendiri atau melihat adiknya yang sudah dipengaruhi British, membunuhnya dirinya.

Ketika itulah, Si Bongkok membongkar rahsia kelemahan ilmu kebalnya. Beliau menikam dirinya sendiri dan di tepi pantai Tanjung Belungkur, berakhirlah riwayat dan perjuangan Si Bongkok demi membela tanah airnya yang tercinta. Pahlawan itu mati di atas pangkuan adiknya - disusun oleh malaysiasensasi

Lelaki ini dipanggil lelaki buih, kerana fizikalnya yang mempunyai benjolan-benjolan diseluruh badannya. Biarpun di sisih, tetapi masih ada yang sayang padanya. Seorang gadis sanggup mengahwininya biarpun lelaki buih ini tidak sesempurna lelaki lain - posted@malaysiasensasi.net

 

Ritual sunat bagi suku Mardudjara agak sedikit berbeda dari biasanya. Ketika para pemuda suku Mardudjara sudah mendekati umur dewasa, para pemuda tersebut diharuskan bersunat, iaitu sekitar umur 15 - 16 tahun.

Dalam ritual sunat ini si pemuda ditelentangkan dekat unggun api, kemudian dada si pemuda tersebut diduduki oleh ketua suku dengan menghadap ke arah kemaluan si pemuda tersebut. Kemudian kulit kemaluannya dipotong dengan menggunakan pisau yang sudah dijampi.

Tapi proses ritual tidak berhenti sampai di sini. Setelah proses pemotongan tersebut selesai ketua suku memerintahkan si pemuda untuk membuka mulut dan kemudian si pemuda di haruskan menelan kulit kemaluannya sendiri tanpa dikunyah.

Memang suspen dan lawak video ni. Seorang isteri mengamuk di wad apabila suaminya tidur dengan perempuan lain. Bunyinya macam loghat Kelantan. Lokasi kejadian tidak diketahui - ms
gambar hiasan


Chiang Mai – Ada seorang ibu dari 2 kanak-kanak, yang dituduh membunuh dan memakan anaknya sendiri. Kedua-dua buah hatinya itu masing-masing berusia 1 tahun dan 5 tahun. Wanita dari Suku Musur yang tidak diketahui identitinya ini tinggal di wilayah Mae Ai, Thailand.

Pihak polis tempatan mengatakan bahawa wanita ini memang ditemui sedang tertidur dengan potongan tubuh di sisinya, dan ternyata bahagian tubuh itu adalah potongan tubuh kedua-dua anaknya. Namun, polis belum menemui bukti apakah sang ibu juga memakan kedua-dua anaknya itu. Untuk mencari kebenaran tentang kejadian tersebut, pihak polis cuba mengajukan beberapa soalan berkaitan, tetapi wanita ini tidak memberikan jawapan sama sekali.

Menurut keterangan sang suami, ibu dari kedua-dua anaknya ini ternyata mengalami gangguan jiwa sejak 2007 lalu. Suaminya menambah bahawa isterinya juga sudah berhenti mengambil ubat sejak 2 bulan yang lalu. Sebelum waktu kejadian, sang isteri sedang dalam keadaan normal. Suaminya berkata pada sang isteri bahawa dia harus pergi keluar bandar selama beberapa hari untuk membeli ubat-ubatan yang diperlukan oleh sang isteri. Namun, dia tidak pernah menduga kalau akibatnya akan separah ini. Khabarnya, sakit yang dialami sang isteri menimbulkan halusinasi yang tidak terkawal.

Bangkok Post menuliskan bahawa sebelum dia membunuh kedua-dua anaknya, sang ibu ini berhalusinasi ada seorang wanita yang datang untuk melukainya. Hembusan berita demi berita yang belum dapat dipastikan kebenarannya, membuat pihak polis yang mengendalikan kes ini angkat bicara. Mereka menyeru para warga dan media untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar, malah seharusnya mereka berempati terhadap masalah yang sedang dialami oleh keluarga kecil ini.

Proses undang-undang tidak dapat dijalankan walaupun sang ibu sudah dituduh telah melakukan pembunuhan sadis terhadap kedua-dua anaknya. Gangguan mental yang dialaminya dianggap tidak layak untuk sang ibu membela dirinya dalam perbicaraan, sehingga polis menghantarnya ke Rumah Sakit prung Suan terlebih dahulu untuk menjalankan beberapa siri rawatan. (Yk)



KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

Gambar menyentuh perasaan bila seekor anjing menyelamatkan anak-anaknya yang berusia 10 hari daripada kebakaran rumah dan membawa mereka ke tempat selamat telah muncul di internet.

Kebakaran itu berlaku di sebuah rumah di Santa Rosa de Temuco, Chile.
Ibu anjing itu - anjing campuran German Shepherd yang dipanggil Amanda merisikokan hidupnya untuk mengambil anak anjing menggunakan mulutnya dan berlari antara rumah dan trak penyelamat berulang kali sehingga semua anak anjing selamat.-asiantown

Selepas menyelamatkan semua anak-anaknya, Amanda baring bersebelahan dengan mereka, melindungi mereka dengan tubuhnya sementara anggota bomba berjuang memadamkan api kebakaran. Amanda dan anak anjingnya kemudian dibawa ke doktor haiwan di mana satu daripada anak anjing yang dipanggil Amparo, mati kerana mengalami kebakaran yang teruk.

Empat anak anjing yang lain berada dalam keadaan yang baik. Doktor haiwan, Felipe Lara, memberitahu bahawa Amanda membenarkan empat anaknya itu dirawat tetapi ingin terus berada di sebelah Amparo ketika dirawat seolah-olah enggan mereka mengambil Amparo dari pandangan matanya.
sumber: watermark link pada gambar


Pelakon kacak Aaron Aziz berkata pembabitan sebagai seorang pengarah drama bukan perkara baru kerana dia sudah lama melakukan tugas tersebut sejak beberapa tahun lalu di Singapura.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata cabang pengarahan hanya sekadar hobi yang diminatinya dan ia adalah perkara baru bagi kalangan peminat di negara ini.

“Peminat di Malaysia baru mengetahui saya boleh mengarah selepas menghasilkan klip video lagu Untuk Dia nyanyian kumpulan Sleeq dan Najwa Latif beberapa bulan lalu.

“Sebenarnya saya sudah lama terlibat dalam bidang pengarahan. Sejak berlakon di Singapura lagi saya sudah mengarahkan beberapa projek drama dan klip video,” katanya.

Aaron berkata, dia membuat keputusan untuk mengarahkan klip video lagu itu kerana Sleeq merupakan artis naungan di bawah syarikat miliknya, Aaron Aziz Production.

“Sudah kebetulan mereka (Sleeq) adalah artis yang bernaung di bawah syarikat saya, jadi apa salahnya saya mengarahkan klip video lagu itu.

“Saya hanya mengambil sesuatu tugas pengarahan jika berkelapangan. Buat masa ini, saya tumpukan pada komitmen lakonan dulu,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Raya, bapa kepada tiga anak ini berkata, mereka sekeluarga sempat menghabiskan masa selama seminggu di Singapura.

Terbaru, drama bersiri 80 episod lakonan Aaron berjudul Adam dan Hawa akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 10 malam ini di Astro Mustika HD (saluran 134 ).


Status pelawak popular yang digalas Ahmad Nabil Ahmad (Raja Lawak) menyebabkan dia menerima sambutan luar biasa ketika menyambut Aidilfitri buat kali pertama bersama keluarga isterinya di Ipoh, Perak.

Nabil, 29, berkata, keterujaan ahli keluarga isterinya, Nazirah Ayub, 24, meraikan hari lebaran bersamanya menyebabkan dia berasa janggal dan segan.

“Ini adalah tahun pertama saya menyertai keluarga besar isteri saya di Ipoh, Perak. Sebelum ini, saya pernah berjumpa mereka pada Hari Raya Haji lalu tetapi tidak kesemuanya ada.

“Saudara-mara isteri terutama neneknya sangat teruja dengan kepulangan kami. Yang lucunya, habis satu kampung dia canang bahawa saya adalah suami kepada cucunya,” kata Nabil.

Mengenai sambutan Aidilfitri, juara Raja Lawak musim kedua ini berkata, dia berbelanja secara sederhana kerana mahu menyimpan wang untuk persiapan kelahiran anaknya pada Disember depan.


“Saya dan isteri berbelanja ala kadar kerana mahu mengetepikan sedikit simpanan untuk persiapan kelahiran anak saya pada Disember depan.

“Bagaimanapun, sempat juga saya berkongsi rezeki dengan memberikan duit raya kepada anak-anak buah daripada kedua-dua belah keluarga,” katanya.

Nabil berkata, dia kini hanya menumpukan perhatian terhadap sebagai penyampai segmen pagi Breakfast @ Suria di Suria FM, selain undangan menjadi pengacara majlis.

“Saya sudah kurangkan berlakon dan mahu tumpukan pada tugas penyampai radio, selain undangan sebagai pengacara pada hujung minggu,” katanya.-mstar


Seorang mujahidin Tentera Pembebasan Syria cuba menenteramkan seorang anak kecil yang cedera di sebuah hospital di bandar utara Syria Aleppo pada 24 ogos 2012 yang lalu. Sungguh mulia hati seorang mujahidin kebanggaan Rasulullah ini. Di medan perang mereka ibarat singa yang ganas tetapi apabila bersama-sama muslim, mereka begitu sopan dan berlemah lembut.fb

CHINA - Pelajar sekolah ini akan berfikir dua kali apabila dia berfikir hendak ponteng dari sekolah lagi selepas mengalami kejadian yang dia tidak akan boleh lupakan seumur hidupnya.

Remaja berusia 16 tahun yang cuba untuk keluar dari sekolah untuk ponteng ini akhirnya mengalami kemalangan apabila tergelincir semasa memanjat pagar.

Selepas jeritannya didengari oleh rakan-rakan sekelasnya, pihak sekolah telah menghubungi anggota bomba untuk melepaskannya dengan memotong jeriji pagar yang mencucuk bahagian bahunya sebelum dibawa ke hospital.

Doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan batang besi pagar ini dari tangannya dalam operasi pembedahan yang rumit.

Bercakap kepada pemberita selepas peristiwa itu, remaja yang berasal dari China ini memberitahu bahawa tapak tangannya yang berpeluh kerana takut ditangkap guru kerana ponteng dari kelas menyebabkan pegangannya pada besi pagar menjadi licin lalu tergelincir. - AGENSI

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga. Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.

source: milosuam

Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. – DM

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Fei Lin, 41, seorang penduduk Niqiao, kampung di wilayah Zhejiang China, sedang nyenyak tidur apabila pencuri memecah masuk ke biliknya.

“Mereka meletakkan sesuatu di atas kepala saya dan menarik seluar saya, dan kemudian mereka melarikan diri,” kata Lin. “Saya begitu terkejut, saya tidak berasa sesuatu. Kemudian saya melihat diri saya berdarah, dan zakar saya telah hilang.

“ Polis tempatan percaya bahawa penyerangnya mungkin lelaki lain yang cemburu kerana Lin mempunyai hubungan dengan wanita tertentu. Walau bagaimanapun, Lin berkata bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Polis telah cuba mencari bahagian yang hilang itu, tetapi tidak berhasil. Malah pencuri terbabit sudah tidak dapat dikesan, tetapi polis berkata mereka masih berterusan memburu.


Fenomena ini tergolong suatu fenomena yang sangat langka. Namun, pernah terjadi di Teluk Carpenataria, Australia. Awan ini bentuknya memanjang, boleh mencapai 1000 km dan ada pada ketinggian antara 1-2 km.  

Morning Glory Cloud sering juga disebut Solitary atau Soliton Wave, kerana bentuknya seperti gelombang yang bergerak dengan kecepatan 60km/h.

MalaysiaSensasi.Net ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada semua pembaca setia MalaysiaSensasi dan juga kepada pelawat semua. Maaf Zahir Dan Batin.

Carlos Slim Helu memiliki gelaran orang terkaya 2012. Pada tahun 2010, kekayaannya diperkirakan kurang dari $50 juta, namun kekayaan bersihnya mendapat booming di tahun lalu dan sekarang menjadi $69 juta. Ini adalah keempat kalinya bagi dia menduduki peringkat pertama orang terkaya dunia. 


Apa yg terjadi dengan anggota Parlimen Mesir sekarang?

- Ternyata lebih dari 140 anggota Parlimen adalah Penghafal Al Quran

- Lebih dari 100 anggota Parlimen masing-masing mereka hafal lebih dari 10 Ribu Hadits
- Lebih dari 180 anggota Parlimen hafal lbh dari 15 Juz Al Quran
- Lebih dari 170 Anggota Parlimen adalah para Doktor dari disiplin ilmu yang berbeda-beda
- Lebih dari 50 Anggota Parlimen tidak punya kendaraan pribadi
- Lebih dari 350 Anggota Parlimen adalah Ex Tahanan Rezim Pemerintahan sebelumnya dari 6 Bulan kurungan sampai 10 tahun


Kerana mereka tidak memiliki roket anti-pesawat, Tentera Pembebasan Syria dari briged al-Tauhid di Halab menggunakan teknik ini untuk menembak helikopter perang tentera regim Syria.

Maksudnya : "Bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar" (Surah Al-Anfal : Ayat 17) 

sumber: fb

Fuhaid Daihani merupakan atlit Kuwait dalam acara sukan menembak Olimpik London.  Beliau telah menghadiahkan semua pingat yang dimenanginya kepada Tentera Pembebasan Syria sebagai menyatakan simpati dan sokongan beliau kepada perjuangan rakyat Syria sekarang. Semoga Allah membalas jasa baik beliau dengan redha-Nya.

Zaman sekarang pastinya Dato' Siti Nurhaliza sudah pandai membawa kereta apatah lagi kereta bukan calang-calang, mewah, sporty dan mahal sudah tentu Dato' Siti pernah duduk, drive dan merasainya. Namun itulah kemanisan yang boleh dirasai daripada berkat usahanya sendiri.

Menyingkap kembali nostalgia lama ketika suasana beliau dalam aktiviti memandu, ada beberapa keping foto lama yang telah dikongsi oleh forumer portal Cari ketika Siti menghadiri kelas mengambil lesen memandu beberapa tahun yang lalu sebelum menjadi isteri kepada orang lain. Waktu latihan Siti kelihatan masih boleh bersenyum,.-sumber:izyan


KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.
“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.
“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.
Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.
Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.
“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.kosmo


DAMSYIK - Sejumlah pejuang veteran dalam perang saudara di Libya pada tahun lalu kini tampil di barisan hadapan untuk membantu melatih dan menyusun pemberontak dalam situasi yang lebih meruncing berbanding ketika perang menentang Muammar Gaddafi, kata seorang pejuang berdarah Libya-Ireland kepada agensi berita Reuters.
Gaddafi mati dibelasah para pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu selepas berbulan-bulan menghadapi tentangan daripada penduduknya. Pejuang veteran Libya yang bertempur bersama kumpulan pemberontak di Syria itu, Hussam Najjar berasal dari Dublin dan memiliki bapa berdarah Libya manakala ibunya berbangsa Ireland.
Dia yang menggelarkan dirinya Sam, merupakan seorang penembak tepat terlatih.
Sam dahulunya merupakan anggota unit pemberontak yang menggempur kompleks Gaddafi di Tripoli setahun lalu. Unit tersebut diketuai oleh ketua militia dari pergunungan barat Libya, Mahdi Al-Harati.
Mahdi kini mengetuai sebuah unit pemberontak di Syria yang kebanyakannya disertai oleh warga tempatan selain beberapa pejuang asing termasuk 20 anggota kanan yang pernah menganggotai unit pemberontak di Libya pada tahun lalu.
Menurut Hussam, dia diminta oleh Mahdi untuk menyertai unit tersebut dari Dublin beberapa bulan lalu.
Pasukan pejuang Libya itu membantu pemberontak Syria itu termasuk beberapa pakar komunikasi, logistik, isu kemanusiaan dan senjata berat.
Menurut Hussam, mereka mengendalikan kem latihan dan mengajar kecergasan serta taktik di medan perang.
Sementara itu, satu klip video di YouTube menunjukkan seorang juruterbang tentera Syria ditahan beberapa anggota pemberontak.
Juruterbang itu menaiki sebuah jet tentera Syria yang jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria.
Konflik di Syria bermula pada Mac tahun lalu apabila para pemberontak menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Lebih 20,000 orang dianggarkan terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran gagal membawa pembaharuan demokrasi dalam pentadbirannya. - AFP


Ketam merah berhijrah semasa musim tahunan dari hutan hujan kepada laut untuk mengawan di Christmas Island, utara pantai barat Australia.Mereka bergerak beramai-ramai di sepanjang jalan di Christmas Island menuju laut dengan naik di atas batu di pesisir pantai Pulau Krismas. Laluan terpaksa diberikan kerana jumlahnya yang sangat banyak. Mungkin pada hari ini kerajaan memberikan cuti umum kepada penduduk tempatan. Semoga perjalanan anda selamat :)