Koleksi Sensasi

Sebuah keluarga di Felda Lubuk Merbau dekat sini diselubungi insiden menyayat hati apabila anak mereka berusia 13 bulan maut akibat digilis kereta yang dipandu bapa sendiri petang kelmarin.

Kejadian malang kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika Muhammad Uzair Zul, 22, memandu kereta Proton Persona miliknya selepas mengisi petrol di stesen minyak yang terletak bersebelahan rumahnya

Ketika menggerakkan kereta tersebut, Muhammad Uzair tidak menyedari Auni Iylia Aifa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik bermain di sebelah kanan kenderaan yang dipandunya.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari Auni Iylia berada di situ kerana ketika memasuki kawasan stesen minyak tersebut anaknya bermain bersama sepupunya di kedai membaiki motosikal bersebelahan rumahnya.

"Saya hanya sedar apabila terdengar sesuatu seperti terlanggar anak kucing. Apabila menjenguk kepala menerusi tingkap saya terkejut Auni Iylia berada di bawah kereta.

"Saya mengucap panjang melihat anak saya itu sudah tidak bermaya, saya berasa sebak dan sayu namun menerima kejadian itu sebagai takdir Tuhan," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Tambahnya, isterinya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah bergegas keluar selepas menyedari kejadian itu sebelum mendukung anaknya itu menuju ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.


Ramai orang menjadikan usia 30 tahun sebagai batasan, menyerah untuk mewujudkan impian masa kecil mereka. Namun, takluk pada usia tidak berlaku pada Suzie Sanchez.

Umurnya sudah 37 tahun dan dia terpilih menjadi cheerleader — yang terkenal dengan wanita cantik, ceria, lincah, dan muda.

Statusnya sebagai ibu kepada tiga anak, dan nenek seoang cucu tak membuat mimpinya sejak berusia lapan tahun — ketika mulai belajar menari, pupus.

Pasukan Oakland Raiders — salah satu pasukan yang bertanding dalam National Football League (NFL), liga sepakbola ala Amerika memilihnya untuk bersorak di pinggir lapangan selama musim pertandingan tahun 2011-2012.

Sanchez terpilih melalui audition ketat. Ia membuat hakim terpana dengan kemampuanya menari, keahlian, dan tampilannya. Dengan terpilihnya Sanchez, kini ia adalah yang tertua di antara para pemandu sorak Raiders.

“Saya hanya boleh menangis,” kata Sanchez setelah mendengar nombor nya, 45, disebutkan. “Emosi saya meluap, aku bersyukur tak pernah menyerah.”

Susie bukan nenek pertama yang menjadi pemandu sorak di Raiders. Pasukan itu sebelumnya juga memiliki Kathy Ferrin yang terus aktif meski jadi nenek di tahun 2003-2004. Bezanya, Ferrin sudah jadi cheerleader sejak muda.

Tapi apakah ini membuat Susie Sanchez cheerleader tertua di NFL? Sayangnya, tidak. Ada Laura Vikmanis, berusia 42, dan masih kuat melompat t dan berteriak memberi semangat.
VIVAnews – 

 BEIJING : Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual.

Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari

"Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan"

"Saya satu-satunya tempat dia bergantung, katanya". Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang.

Beginilah gelagat bila budak sekolah bercinta. Mungkin terpengaruh dengan cara orang dewasa, budak lelaki ini melutut mempersembahkan bunga kepada seorang budak perempuan. Aksi mereka itu diperhatikan dan dirakamkan oleh rakan-rakan yang lain

Alangkah indah sekiranya semua detik yang berlaku dapat dirakamkan untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. Malah lebih kreatif lagi, kita mampu untuk beraksi semua seperti masa lalu yang telah pergi


Seorang wanita di bawa ke Balai Bomba menggunakan ambulan dan cincin pada jari wanita itu dipotong menggunakan bolt cutter. Dan apabila selesai dan Bomba berjaya mengeluarkan Cincin tersebut dari jari wanita itu. Beliau mengucapan terima kasih tidak terhingga kepada JBPM atas Khidmat yang diberikan oleh Bomba....sumber:fb bomba


Pembunuhan "Hayyul Arbain" dalam wilayah Hama: Jasad yang rentung dibakar oleh 'anjing-anjing' rejim Basyar yang menjangkau korban 23 orang.

-20 September 2012-

Wanita ini tertusuk pisau di matanya dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kejadian dikatakan bermula akibat perkelahian sesama keluarga, dan wanita ini menjadi mangsanya


JOHOR BAHRU - Seorang peniaga barangan alat ganti yang baru beberapa jam berkahwin tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia mati ditetak oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di Taman Mount Austin di sini kelmarin.

Kejadian pukul 2 petang itu mengakibatkan Allan Tee Kok Weng, (gambar kecil) 36, maut selepas ditetak di kepala, leher serta badan di hadapan isterinya, Shiau Ting, 30-an. Sebelum kejadian, pasangan itu baru selesai minum bersama rakan-rakan di sebuah bistro di taman tersebut.

Difahamkan, pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan di Taman Daya dan sempat pulang ke rumah untuk menukarkan pakaian. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Seorang pekerja bistro yang enggan dikenali memberitahu, serangan itu berlaku terlalu pantas.

"Sebaik melangkah keluar, lelaki itu terus ditarik oleh lapan penjenayah yang memakai topeng ski sebelum dia ditetak berkali-kali.

"Selepas memastikan mangsa tidak bergerak, penjenayah itu kemudian melarikan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital," ceritanya.

Dalam pada itu, satu sumber memberitahu, kejadian itu disyaki bermotifkan dendam berikutan semakan mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan gaduh, dadah dan curi.

Tinjauan Kosmo! di bilik mayat Hospital Sultan Ismail pula mendapati ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.

Di situ juga kelihatan sebuah kereta diikat dengan reben merah jambu yang lazimnya menjadi hiasan untuk membawa pengantin baru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.


Satu rekod dunia Berbogel dipantai beramai-ramai berjaya dipecahkan di Wales apabila lebih kurang 400 orang lelaki dan perempuan yang menyertainya berlari dipantai hingga ke laut.Ramai warga diseluruh Wales menyertai acara pemecahan rekod dunia itu,mereka beramai-ramai membuka baju dan mandi dipantai Rhossoli, Gower seawal pukul 8 pagi.
Mereka yang pada mulanya seronok menyertai acara pemecahan rekod dunia itu mula merasa kesejukan dan namun begitu mereka semua gembira menyertainya acara yang unik itu.Seorang wanita, Lizzy White mengatakan dia sangat seronok walaupun terpaksa menanggal kan pakaian dan mandi didalam air yang sejuk tidak seperti biasa itu.

Pada awalnya ada beberapa peserta berasa malu berbogel bersama ratusan peserta yang lain,namun  begitu perasaan itu mula hilang jika dilihat pada riak wajah peserta yang menyertai acara yang unik itu.Seorang peserta,Steve Absolom mengatakan dia tidak ada rasa malu malah dia seronok dan senang menyertai acara itu.

Penganjur aksi nekad itu mengatakan acara itu akan di sahkan oleh Guinnes World Record,tetapi mereka yakin yang acara itu telah mengatasi rekod yang serupa pernah disertai lebih kurang 250 orang.Pada awalnya penganjur menjangkakan hanya sekitar 300 orang yang akan menyertai acara itu,tetapi jumlah itu makin bertambah disaat-saat akhir acara itu berlangsung.

Beberapa orang peserta bersedia gambarnya diambil ketika acara itu berlangsung untuk dijadikan bukti, dan mereka merancang untuk mengupload gambar mereka di Facebook.


Mahu mendapatkan pasangan yang cantik atau kaya? Untuk yang terlepas, berharap sahaja semoga acara temu jodoh unik ini kembali diadakan. Tak perlu risau, tiket masuknya percuma.

Acara yang dinamakan "Meet the Rich Hero" ini diadakan pada hari Sabtu di Wuhan, China dan dihadiri oleh 60 peserta wanita yang ingin mendapat jodoh idaman-dan pastinya kaya. Mereka ini adalah para perserta yang berhasil terpilih dalam proses pilihan dari panitia sebelumnya.


Advertorial: Perkhidmatan membuat lesen memandu paling murah di pasaran. Harga yang ditawarkan seperti di bawah:
Motor = RM350
Kereta = RM700
Motor+Kereta = RM900
  • Tiada bayaran tambahan jika anda langsung tidak tahu memandu. 
  • DIJAMIN TIADA CAJ TERSEBUNYI.
Keistimewaan kami :-

1. Masa latihan fleksible mengikut pelanggan.
2. Boleh bayar ansuran
3. Pendaftaran sah sehingga setahun. 
4. Pendaftaran RM50 sahaja 
4. Perkhidmatan dari pintu ke pintu.
5. Kursus,latihan dan ujian setempat.
6. Kepuasan pelanggan matlamat kami.
7. Operasi 7 hari seminggu.

Beroperasi sekitar Kuala Lumpur (Termasuk Gombak, Selayang)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya. Tinggalkan SMS sekiranya panggilan tak diangkat/voicemail -
En.Awaldudin: 0111-578960
Layari: http://buatlesen.blogspot.com/



dari fb  Adam
:http://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri
AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK...

ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.

DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..

kepada yang ingin mengetahui perkembangan Adam boleh lah Like FanPage Adam 

NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK

Mobile : 013-3439702

02040007292201 CIMB
Noraisyah Md Malena

sekurang-kurangnya kita dapat meringankan sedikit beban ibu ADAM  yang bercuti tanpa gaji untuk menjaga ADAM..

MOSCOW – Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.

Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.

Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.

Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.

“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.

Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.

Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.

“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” – DM


Gadis berusia 14 tahun di China ini memang tabah.Xu Gui merupakan seorang gadis yang cemerlang di sebuah sekolah di Zhou Xinjiang,China. Setelah dia lahir,bapanya yang berumur 50 tahun itu telah memberikan nama "Xu Gui" yang melambangkan simbol kekayaaan dan kesenangan. 

Realitinya,kehidupan Xu Gui yang merupakan anak tunggal jauh lebih merumitkan dan menyedihkan. Selepas bapanya meninggal,Xu Gui terpaksa menjaga Ibunya yang menderita penyakit mental.Kisah Xu Gui ini kini menjadi bualan warga forum di China dan mereka semua membantu meringankan beban Xu Gui dengan mengirimkan duit poket,kelengkapan belajar dan ada diantara mereka yang bercadang untuk memberikan motivasi secara terus dengan datang ke sekolahnya dengan harapan dirinya terus kuat dan menjadi kebanggaan Ibunya.




Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah ahli di beberapa forum mengatakan dia mirip dengan idola remaja Hong Kong, Daniel Wu.

Dengan tinggi 180 sentimeter, Xiong telah memandu bas selama tujuh tahun setelah menamatkan pengajian di sekolah tinggi. Orang ramai memberikannya gelaran 'Shuai Xiong' atau si tampan Xiong dan beliau digambarkan sangat fashionable dan jambu.




Tidak hanya dari segi fizikal. Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan sopan dan ramah. Selama ia menjalankan tugas sebagai pemandu, Xiong belum pernah mengalami kemalangan.

Meskipun digilai oleh para wanita dan gadis muda, Xiong menyatakan dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus melayan penumpang sepertimana mereka adalah ahli keluarga kita. Saya hanya ingin memastikan mereka berasa selesa di dalam bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah berusaha mencari perhatian sepertimana yang dituduh oleh banyak pihak. "Di dalam pekerjaan, kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang mahupun seorang artis," kata Xiong.

Sumber : billyinfo

Badannya yang ditumbuhi bulu tebal telah menyebabkan dia ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Liu Jiangli 6 tahun mengidap penyakit Hypertrichosis Universalis. Keadaanya ini lah yang menyebabkan dia ditinggalkan sejak usia 2 tahun di pusat jagaan.