Koleksi Sensasi

Seorang gelandangan berusia 30 tahun bernama Rafael Nunes telah menjadi topik hangat do Facebook sedunia kerana tanpa sengaja gambarnya dirakamkan dan dipopularkan oleh seorang gadis. Fotonya telah diposting minggu lalu secara online dan dalam beberapa hari telah dikongsi lebih dari 40.000 share di Facebook. dia sebenarnya bekas model yang jatuh hidupnya gara-gara kecanduan ubat.


Baru saja bahang Nabila Huda berpakaian seksi pada majlis Anugerah Blockbuster mahu reda, kini timbul pula cerita dia berparti sakan di parti Halloween di ibu kota.

Gambar yang dimuatnaik melalui laman Instagram miliknya itu menunjukkan dia berkongsi saat manis menyambut Halloween bersama rakan.

Ia termasuklah isteri kepada Adlin Aman Ramli iaitu Emelda Rosmila.

Malah, menurut Rotikaya.com, salah seorang dari lelaki yang terdapat di dalam gamabr itu adalah bekas kekasih Marsha Milan Londoh.


Kehadiran seorang anak biasanya dapat mempererat hubungan antara suami isteri, tapi bagi Jian Feng dan isterinya, kehadiran buah hati mereka justeru mengkandaskan mahligai perkahwinan mereka berdua.

Ketika Jian Feng pertama kali melihat wajah bayi puteri perempuannya yang baru lahir, lelaki yang tinggal di China bagian utara tersebut langsung merasa kecewa. Ia tak dapat menerima kenyataan jika isterinya yang berparas cantik dapat melahirkan seorang bayi dengan wajah yang menurutnya "luar biasa hodoh."

"Saya menikahi isteri saya kerana cinta, tapi setelah anak kami lahir, kami mulai mengalami berbagai masalah pernikahan. Wajah nak kami luar biasa hodoh, hingga ke tahap membuat saya takut," ujar Feng.

Kerana wajah anaknya juga dirasa tidak mirip dengan wajahnya, Feng lalu menuduh isterinya telah curang. Namun ternyata tuduhan itu salah, isterinya tidak curang. Feng akhirnya menemukan fakta pahit bahwa isterinya dulu pernah melakukan pembedahan plastik senilai $100.000 

Merasa ditipu kerana isterinya selama ini tidak pernah memberitahukan hal tersebut kepadanya, Feng lalu membawa masalah ini ke mahkamah. Hakim tidak hanya mengabulkan gugatan cerainya, tetapi juga memutuskan bahawa Feng berhak untuk menerima ganti rugi sebanyak $120.000

Menurut lansiran rt.com, pengguna media sosial nampaknya lebih banyak yang mendukung keputusan Feng untuk bercerai.


Hadir dalam acara “Ellen DeGeneres” ternyata membuat Taylor Swift terseksa. Bagaimana tidak, Pencara membuat Taylor mengingat kembali masa-masa buruknya dengan (beberapa) kekasihnya! Taylor yang memang hobi membuat lagu tentang patah hati kali ini harus membunyikan lonceng yang diberikan ketika melihat foto bekas kekasinya dilayar. Namun, tak sanggup dengan semua itu, akhirnya Taylor menangis dan merasa sangat buruk!


Sebenarnya boleh seseorang guru menergur pelajarnya. Tetapi perlu ada batasan. Tidak perlulah melakukan sentuhan fizikal..kalau murid marah macamnilah jadinya


PETALING JAYA: Penerbit drama A.Aida mengakui kes penceraiannya dengan suami Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman yang masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah membuatkan tumpuan kerjanya terganggu.

Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 42, berkata, masalahnya itu juga membuatkan dia tidak boleh fokus pada drama yang diterbitkan bawah produksinya iaitu A.Aida Production termasuklah dalam penulisan skrip.

"Bayangkan jika skrip drama yang saya hasilkan biasanya mengambil masa dalam satu atau dua hari, tetapi sejak kebelakangan ini ia mengambil masa sehingga dua bulan.

"Kalau boleh saya tak mahu memikirkan tentang masalah rumah tangga ini, tetapi ia agak sukar. Harap-harap kes (penceraian) ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Aida ditemui pada pelancaran drama Putera Rayyan di Restoran Rebung, di sini, petang Selasa.

Pada 18 Oktober lalu, pelakon itu telah mengemukakan permohonan fasakh terhadap Suffian selepas tidak dapat mencapai persetujuan untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta, dekat sini.

Aida berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.

Mengenai Putera Rayyan drama itu dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Kamal Adli (Putera Rayyan), Nad Zainal (Arisa), Miera Liyana (Anisa), Aida Aris (Nora), Zila Bakarin (Tengku Mariam), Lutfia (Tengku Suraya) dan Razali Hussin (Zul).

"Sebenarnya cerita asal drama ini adalah mengenai Bawang Putih Bawang Merah, tetapi ia di olah dengan memberi fokus pada kisah Putera Rayyan yang ada dalam kisah hikayat itu.

"Jadi penulis skripnya Wan Mahani mengembangkan plot cerita Rayyan yang terpaksa mengharungi cabaran dalam perkahwinannya bersama Arisa," tuturnya.

Drama bersiri 23 episod itu bakal menemui penonton setiap hari Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam serta Khamis (9.30 malam).

Ia akan disiarkan bermula 31 Oktober ini menerusi slot Samarinda di TV3.


PETALING JAYA: Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy (Search) akhirnya terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju dekat sini pada Selasa.

Menurut laporan Kosmo pada Rabu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan itu berdepan pelbagai masalah.

“Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup,” katanya.

Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.

Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.

Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.

Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.

Amy kini mencari pelabur baharu bagi mengusahakan kembali restoran itu atas jenama sama di lokasi lain yang sedang dikenalpasti.

Katanya, pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama boleh menghantar e-mel di amysearch@gmail.com.

Pada 24 September 2008, seorang pelanggan Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman terhadap penyanyi itu bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran tersebut.

Penyanyi itu diperintahkan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada Mei 2010 untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada keluarga Nik Zahir.

Seorang wanita misteri naik rangkaian rel kereta bawah tanah di Vienna, Austria dengan tanpa mengenakan apa-apa kecuali sepasang kasut bot setinggi lutut kulit dengan penuh senyuman.

Penumpang kereta pagi itu pun terkejut apabila wanita bogel tersebut sampai di Vienna U-Bahn dekat stesen Kardinal-NAGL-Platz dan berdiri di tengah-tengah gerabak. Bahkan tanpa ragu dan malu wanita misteri itu pun bersedia berpose apabila penumpang lain memotretnya. Ia pun turun dari kereta juga tanpa mengucapkan sepatah kata pun.


Seorang Remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu,telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila Blog miliknya yaitu bankaholic.com telah di beli oleh bankrate.com pada harga US$ 15 Juta. John Wu,Pendiri dan satu-satunya Pekerja bankaholic telah dibayar sebanyak US$12,5 Juta untuk Blog miliknya,bankaholic.com.Dia akan menerima duit selebihnya US$2,5 Juta pada tahun berikutnya.

Tidak diketahui lebih lanjut tentang gambar ini. Tedapat dua kemungkinan, samaada budaya atau hukuman masyarakat setempat. Lihat gambar-gambar di bawah;



Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara.


Pada umur enam tahun, Amber  atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet.

Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.

Amber kini memiliki slotnya sendiri yang dikeudarakan dalam segmen bapanya dan Amber  bertanggungjawab memilih dan memainkan lagu selain bercakap dan memberi isyarat muzik.

Dalam satu temu bual bersama akhbar harian Britain, The Sun, Steve memberitahu anaknya itu sentiasa menari sebaik sahaja beliau menyiarkan muzik yang digemarinya di dalam studio. 


Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya.

Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini.

Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.

Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.

Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.

Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. - DM



Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki. Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki. Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata.

"Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi


Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan racun nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. 

Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus racun nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan racun nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati racun nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan racun nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan racun nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan racun nyamuk dari rumah jiran mereka.

“Biasanya kalau tidak menemukan racun nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap racun nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.


LONDON: Beberapa kejadian langgar lari di bandar Cardiff kelmarin, menyebabkan seorang wanita maut dan 11 pejalan kaki termasuk tujuh cedera.

Saksi berkata, pemandu sengaja melanggar ibu bapa yang membawa anak mereka pulang dari sekolah. 
Polis South Wales berkata, seorang wanita berusia 32 tahun maut dan mangsa yang lain dibawa ke hospital untuk rawatan. 

Seorang lelaki yang tidak dikenali berusia 31 tahun ditahan, dan sebuah van dirampas. Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lima kejadian langgar lari berasingan berlaku di sekitar bandar, dilaporkan.

Pengusaha sebuah kedai, Ramesh Patel berkata, “Sebuah van warna putih sengaja dipandu ke arah orang ramai.”

Kejadian itu berlaku ketika ibu bapa datang mengambil anak mereka di sekolah. - AP


MSNBC melaporkan terdapat pusat pelacuran di sebuah negara yang menawarkan khidmat seks daripada kanak-kanak perempuan yang berumur seawal 9 tahun!
 
Mengikut maklumat yang diberikan, kesemua kanak-kanak perempuan ini telah dilatih sebaiknya agar dapat memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pengunjung..
 
MSNBC dijangka akan mendapat tentangan hangat akibat penyebaran berita yang sangat mengejutkan ini..Sumber


Palestin - Sebuah restoran di sini yang dikendalikan beberapa pekerja bisu dibuka kepada orang ramai.

Restoran Atfaluna yang terletak dekat sebuah pelabuhan digerakkan para pekerjanya yang berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa isyarat.

Ia ditubuhkan dengan bantuan Yayasan Drosos, Switzerland bagi mempromosikan golongan bisu yang boleh bekerja.

Seramai 12 orang bekerja di restoran tersebut.

"Golongan bisu mempunyai keazaman dan tiada sebarang kebimbangan kecuali ketika pekerja berkomunikasi," kata seorang penyelia, Ayat Imtair.

Selepas para pekerja bisu itu menghadiri latihan selama enam bulan, Ayat yakin operasi di restoran tersebut akan berjalan dengan lancar.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.


Seorang budak yang dikenali sebagai Zach Tahir mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka mengunyah apa sahaja benda yang berada di sekitarnya. Dia masih lagi tidak boleh membezakan makanan dengan objek.

Seorang budak kecil mempunyai satu tabiat yang pelik. Budak yang tinggal di London ini dikenali sebagai Zach Tahir. Dia tidak pernah berhenti mengunyah di bilik tidurnya kerana dia makan apa saja, dari kelengkapan bilik tidur hingga ke bidai yang menutup tingkap biliknya. Kanak-kanak autistik berusia lima tahun itu tidak boleh bercakap dan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh membezakan makanan dengan objek yang tidak boleh dimakan.

Keperluannya untuk mengunyah bermakna dia cuba makan hampir apa saja, dari kasut sekolah hingga ke plaster dinding. Ibunya, Rachel, 32, berkata, Zach makan sebahagian besar bidainya hingga dia terpaksa membeli yang baru bagi menutup tingkap kediaman mereka di Salford, di Manchester.

Rachel yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun, Isabella, berkata, Zach menghidap kecelaruan selera makanan yang menyebabkan dia akan makan apa saja.

“Dia biasanya tidur empat jam setiap malam. Masa yang lain digunakan untuk membuat bunyi dan melompat di atas katil sertamakan apa saja yang boleh dicapai di dalam biliknya.

Dalam wawancara dengan akhbar Manchester Evening News: Rachel berkata: “Zach juga gemar memanjat tingkap dan memakan bidai. Dia suka jika dapat mengunyah sesuatu sepanjang masa, biasanya kain basah.”

Benda lain yang suka dikunyahnya termasuk, kertas, pakaian, plaster, benang, lumpur, lumut, batu dan rambut.

HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan 10/2012. Lapor portal berita Indian Today.
Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun pertama perkahwinan mereka.
Pasangan yang bertemu jodoh di sebuah perkampungan Kharkhosa di daerah Sonepat itu menerima kehadiran cahaya mata sulung lelaki dua tahun lalu.
Bagaimanapun, anak kedua mereka, Ranjit dilahirkan 5 Oktober lalu.
"Tuhan mungkin mahukan kami memiliki lagi anak. Saya sangat gembira," katanya yang juga seorang petani.
Raghav yang berasal dari Azamgarh berhijrah ke Sonepat 20 tahun yang lalu bagi mendapat pekerjaan.
Dia merupakan bekas ahli gusti ketika zaman mudanya.
Raghav memecahkan rekod sebagai bapa tertua di dunia buat kali pertama pada 2007.
Petani tersebut menewaskan rekod yang dipegang oleh lelaki dari Rajasthan, Nanu Ram Jogi yang berusia 90 tahun apabila memperoleh anaknya yang ke-21.
Raghav kini memecahkan rekodnya sendiri apabila dia memperoleh anak keduanya.
Menurut petani tersebut, dia mahu kedua-dua anaknya menjadi pegawai tinggi pentadbiran.
Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, Raghav mengamalkan diet dengan meminum susu, memakan buah badam dan mentega.
Petani itu berkata, jiran-jirannya berasa cemburu kerana dia berjaya memperoleh dua anak yang sihat.
Raghav berkata, jiran-jirannya kerap bertanya rahsia kesihatan dirinya.
Lelaki tersebut berkata, dia mengambil berat tentang isterinya dan memenuhi keperluannya.
"Dia seorang wanita yang amat gembira," katanya.
Ketika Shakuntala melahirkan anaknya di sebuah hospital di sini, petani tersebut diketawakan oleh doktor-doktor kerana dia menyatakan bayi itu ialah anaknya.
Shakuntala menyatakan dia amat sayang suaminya itu.
"Saya menyayanginya walaupun dia kadangkala menjerit ke arah saya," katanya.
Menurut portal berita International Business Times, dia tidak mahu anak lagi selepas memperoleh dua cahaya mata. 


Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.

Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.

Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.

Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.

Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.

Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.

"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain.

"Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.

Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.

Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. - Agensi

The video you´ll see was filmed in the subway of Guangzhou, China, today october 10th, 2012. The only information about the video is his description "60 year old man attack and bites a 28 year old teacher in the subway".



Oala Magz - Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parking. Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Disember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan hasil keesokan harinya, pemilik kendaraan tersebut melaporkan keretanya hilang ke polis Munich.

Pihak berwajib menemukannya bulan lalu setelah polisi lalu lintas melihat stiker inspeksi kereta itu sudah habis masa berlakunya. Sang polis menemukan kereta itu 4 km dari titik dimana lelaki berumur 33 tahun pemilik kereta mengira memaarkingnya.

"Anehnya letaknya jauh sekali, meskipun sang pemilik yakin dimana dia meninggalkannya," ujar juru bicara polii Alexander Lorenz.

Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal seperti mesin gerudi dan peralatan  elektrik.

sumber

Wanita berumur 40 tahun bernama Reighner Deleighnie, banyak menghabiskan waktunya dengan patung kesayangannya bernama Hans. Reighner Deleighnie yang berasal dari London diketahui mengidap seksualitas objectum, iaitu seseorang yang memiliki ketertarikan dengan benda mati. Lihaat gambar-gambar di bawah:

 Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan.

"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.

"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.

Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mahu melawat ayahnya itu.

Karyawan diwakili Presidennya, Datuk Freddie Fernandez.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

"Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

"Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya.

Sementara itu Freddie Fernandez telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.


Ini dia yang dinamakan "The right man on the right time and right moment". Fotografer Colleen Pinski siap untuk perjalanan ke hujung bumi untuk mendapatkan gambar yang menakjubkan dari gerhana matahari.

Wanita 27 tahun ini melesat 370 mil untuk menemukan tempat yang sempurna untuk melihatnya setelah sehari sebelumnya mengetahui bahawa peristiwa alam yang menakjubkan akan terjadi.

Dan foto ini menunjukkan usahanya yang berharga meskipun menghabiskan berjam-jam di keretanya dari rumahnya di Colorado, Denver, ke Albuquerque, New Mexico.

Setelah Colleen menemukan lokasi yang sempurna ia masih harus menangkap gerhana dari 1.5 mil jauhnya. Gambar menakjubkan diatas menunjukkan upaya Colleen tidak sia-sia dengan foto yang sempurna dan indah dari seorang anak yang dibingkai oleh gerhana pada 20 Mei.

Colleen mengatakan ia hampir menyerah tetapi terus berusaha karena dia tahu itu akan menjadi kesempatan sekali dalam seumur hidup.

Dia berkata, "Suami saya dan saya menemukan sebuah kedai di Denver yang dapat meminjamkan lensa foto super.. Kami juga menyewa sebuah cermin panas untuk melindungi sensor kamera dan beberapa filter ND."

"Kami berkendara ke Albuquerque, mengambil foto di sepanjang jalan. Gerhana tersebut terjadi pada pukul 7:36 waktu setempat dan kami tiba di sana pada pukul 5:45 dan menemukan lokasi tepat dan bisa langsung menyiapkan peralatan kami."

"Kami menemukan sebuah taman bagus yang kita boleh duduki rumputnya. Saya hanya melihat layar LCD pada kamera untuk melindungi mata dan tidak langsung ke matahari. Saya menggunakan Canon 7D."

"Pada saat gerhana sedang setengah terjadi seorang pria berjalan tepat di tengah dan terbingkai sempurna untuk diambil fotonya. Saya tidak tahu siapa dia atau apa yang sedang ia pegang, tapi saya pikir itu adalah kertas dengan lubang jarum sehingga ia boleh menonton gerhana."