Koleksi Sensasi


NEW DELHI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menggantung diri di rumahnya kerana bapanya enggan membelikannya sebuah skuter. aMayat Happy ditemui di Narela, di utara Delhi, kata polis.Polis berkata, pelajar Kelas 10 di Sekolah Maharaja Agrasen meninggalkan satu nota yang berulis: “Kini simpanlah wang anda.” 

Happy berseorangan di rumah dan mengunci biliknya sebelum menggantung diri di kipas siling. Pegawai polis berkata, bapanya, Praven Kumar, memecahkan pintu bilik dan menemui mayat anaknya. Kumar, seorang pekerja syarikat swasta berkata, dia tidak dapat membelikan skuter untuk anaknya kerana masalah kewangan. 


Gara-gara bergaduh dengan isterinya, seorang bapa yang juga seorang penagih dadah menjadikan anak perempuannya yang berusia 3 tahun sebagai tebusan dan mengugut untuk mencampakkan anak perempuannya kebawah.

Namun setelah hampir sejam pihak polis memujuk lelaki itu, akhirnya kanak-kanak yang tak tau apa-apa itu berjaya diselamatkan.


Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan rangka manusia. Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.

Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya. Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.

Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.

Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;


” Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”

Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi. Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.

” Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.

“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.

” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”


Ratusan roket milik Hamas ditembak ke arah wilayah Israel. Namun hanya sembilan puluh lebih roket yang sampai ke wilayah zionis itu. Israel bangga dengan petahanan angkasanya yang kuat.

Perisai peluru berpandu Iron Dome milik Israel yang berjaya menghancurkan hampir sekitar 90 peratus roket-roket milik Hamas yang ditembakkan dari Gaza.

“Kejayaan kami dalam 90 peratus. Ini belum pernah terjadi dalam sejarah,” kata seorang pegawai kanan Israel seperti diberitakan nation.time.com, Rabu (21/11/2012).

“Sekurang-kurangnya korban di pihak Israel menunjukkan Iron Dome adalah senjata yang paling berkesan di dunia dalam ujian perisai peluru berpandu yang pernah ada,” tambahnya.

Pertahanan Udara Israel ini ditubuhkan oleh syarikat senjata bernama Rafael Advanced Defense System. Iron Dome ini didakwa sebagai satu-satunya sistem pertahanan yang dapat menghalang roket, meriam dan mortar. Termasuk sistem pertahanan udara dari serangan pesawat pejuang, helikopter.

Iron Dome ini dapat menghentikan ancaman serangan sejauh 70 kilometer dan boleh beroperasi di dalam semua keadaan cuaca. Alat ini mempunyai hulu ledak khusus yang dapat meledakkan sasaran apa-apa di udara dalam hitungan masa. Perolehan sistem ini adalah dari bantuan dana kerajaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Kementerian Pertahanan Israel memilih Iron Dome sebagai penyelesaian terbaik dalam pertahanan dari pelbagai ancaman dalam masa yang singkat. Israel memutuskan membina sistem pertahanan udaranya selepas Perang Lebanon pada 2006 di mana ketika itu, sekitar 4,000 roket Hizbullah menghujani Israel utara dan menewaskan 44 orang.

LONDON – Sumaiya Karim, 16, melahirkan rasa bangga selepas menjadi individu pertama yang memakai tudung di Parlimen Britain, menurut akhbar The Times.Menurut remaja itu yang berasal dari Wokingham, barat London itu, beliau memakai tudung atas pilihannya sendiri memandangkan ia adalah sebahagian daripada perkara yang dituntut oleh Islam. Sumaiya adalah merupakan salah seorang daripada Ahli Parlimen Belia yang dilantik untuk mewakili suara golongan mereka di kawasan masing-masing.Sidang Dewan Rakyat tersebut turut membariskan Ahli Parlimen Belia yang berumur 11 hingga 18 tahun.


Bilik Darjah Ala Star Trek Ganti Papan Hitam - DEBU kapur papan hitam dan timbunan buku latihan di atas meja mungkin lenyap dengan adanya bilik darjah masa depan.

Seramai 400 murid sekolah rendah di Britain berpeluang menerokai teknologi tinggi di sepanjang proses pembelajaran menerusi ‘Bilik Darjah Star Trek’ yang pelbagai sentuh dan bermeja pintar.

Meja pintar mereka dilengkapi perisian komputer oleh pakar di Universiti Durham, London.
Hasil kajian menunjukkan medium itu mampu meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang.

Kajian membuktikan menerusi meja interaktif pintar, penggunaan kertas juga dapat dikurangkan.
“Bilik Darjah Star Trek ini membantu dalam kegiatan berkumpulan dan memudahkan guru untuk melihat sama ada pelajar mereka tidak menipu dalam pembelajaran,” kata Ketua Penyelidik, Fakulti Pendidikan Universiti Durham, Profesor Liz Burd. – MailOnline


407591_488194884536720_1947444185_n
Nampaknya Israel kini sedang giat melakukan propaganda dengan menunjukkan ‘kesan kemusnahan’ yang didakwa dilakukan oleh Hamas kepada rakyat mereka.
Ia disebarkan oleh pasukan bersenjata Israel dalam laman Facebook mereka di alamat http://www.facebook.com/idfonline.
Sebenarnya GELI sungguh melihat propaganda yang dibuat oleh Israel ini.
Ternyata kesan kemusnahan yang mereka alami tidak seteruk apa yang dialami oleh saudara kita di Palestin.
Anda lihat sendiri ‘permainan’ yang Israel cuba tunjukkan pada dunia.
Apa kata anda?
Kami di Mynewshub.my meninggalkan anda dengan klip video di bawah untuk menjawab segala propanda oleh Isreal. Hanya yang WARAS saja akan dapat membezakan MANA INTAN DAN MANA PERMATA!



Gaza - Enam orang pemuda bertopeng ditembak mati di depan orang awam di perempatan Bandar Gaza hari Selasa 20/11 semalam. Para saksi mengatakan keenam orang yang dihukum mati di depan warga tersebut adalah mata-mata yang bekerja untuk Israel.

Seperti dilaporkan Associated Press (AP), kerumunan besar masyarakat mengerumuni keenam jenazah yang berlumuran darah itu setelah mereka ditembak mati.

Beberapa masyarakat menendang dan meludah mayat para informan Israel tersebut. Keenam mayat itu kemudian diikat pada sebuah basikal motor dan diseret melewati jalanan Gaza, sementara warga Gaza meneriaki "Mata-mata!, Mata-mata!".

Sayap tentera HAMAS Izzudin Al Qassam mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan mati enam orang yang mereka tuding mata-mata itu. HAMAS menyatakan keenam orang itu dibunuh kerana memberikan maklumat kepada Israel tentang lokasi roket-roket dan lokasi para pejuang HAMAS.

Hukuman mati terhadap enam mata-mata Israel ini dilakukan HAMAS disaat serangan Zionis terhadap wilayah Gaza terus dilakukan.

Keenam orang itu ditembak mati pada Selasa petang semalam di perempatan jalan di persekitaran Sheikh Radwan Kota Gaza.

Saksi mengatakan, sebuah kereta jenis minibus berhenti di suatu tempat, kemudian empat lelaki bertopeng mendorong enam orang mata-mata keluar dari kereta. Salim Mahmud 18 (saksi) mengatakan kepada AP, para lelaki bertopeng mengarahkan enam mata-mata itu meniarap di tengah jalan, dan kemudian mereka ditembak mati.

Menurut warga Gaza, seharusnya keenam mata-mata itu dibunuh dengan cara yang lebih keji daripada hanya ditembak mati saja. "Mereka seharusnya dibunuh dengan lebih kejam, sehingga yang lain tidak berfikir untuk berani bekerja untuk penjajah (Israel)."

Salah satu mayat diseret dengan motosikal melewati jalan-jalan menuju ke sebuah rumah mangsa serangan Israel yang sedang bersedih.FB



Ketika negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.
Menurut khabar angin bapa Chong Wei disisih daripada sambutan perkahwinan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre. “Saya seorang bapa yang sedih,” Menurut Lee dalam bahasa Cina di Facebook beliau.

“Saya akan tonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah.” Dipercayai perhubungan antara Lee dan isterinya dan anak-anak bergolak sejak beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun tahun ini.

Meskipun pesara berusia 59 tahun ini telah menafi sekeras-kerasnya tentang cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang apabila ditemui oleh polis pada 10 Jun, sumber terdekat keluarga Lee mendakwa bahawa hutang-piutang beliau yang bertimbun memusnahkan perhubungan keluarganya.

Namun Chong Wei yang tidak gemar membincangkan tentang rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet (laman portal hiburan di bawah ABN Media Group, www.redcarpet.net.my) bahawa, “Saya bukan seorang selebriti. Saya seorang yang amat berahsia.”
Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum the Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat.


PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Mereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.

Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

"Kami merasakan ini satu pelanggaran kerana bagaimana boleh penguatkuasaan undang-undang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta?" Kata Mahfuz.

"Adakah ini bermakna selepas ini jika kita mahu menguatkuasakan undang-undang mengenai (contohnya) rompakan, kita boleh swastakan kepada mana-mana pihak?

"Ini menunjukkan pengendalian AES adalah sangat mencurigakan," katanya sambil menambah ia mewujudkan syak wasangka tentang apa yang dinyatakan dalam kontrak antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang terlibat.

Mahfuz dan Firdaus juga menunjukkan gambar kenderaan, yang 
didakwa dirakam di Gombak (atas) dan Teluk Intan (bawah) pada tarikh yang tidak diketahui bulan ini.

Dalam gambar atas, pekerja dilihat memasang kamera dan memunggah peralatan dari kenderaan merah oren. Para pekerja memakai jaket trafik dengan perkataan 'BTSB' dicetak di belakang.

Dalam gambar bawah, kenderaan merah oren dengan jalur biru dan kuning, diletakkan di tepi jalan di sebalik tanda had kelajuan 60kph.

Kedua-dua kenderaan dirakam dari arah belakang, sekaligus mendedahkan nombor platnya.

Malaysiakini juga menemui satu lagi gambar yang beredar di Internet yang menggambarkan kenderaan yang didakwa dimiliki kontraktor AES dengan logo JPJ di sebelahnya. Logo itu disertai teks 'Automated Enforcement System Mobile Unit'.

Mahfuz yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, mereka telah memeriksa nombor berdaftar kenderaan tersebut di laman web JPJ, yang mendedahkan ia milik syarikat-syarikat tersebut.

Menjawab soalah wartawan, Mahfuz mengesahkan bahawa mereka akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan menambah PAS akan menubuhkan sebuah kaunter di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut esok untuk membantu mereka yang mendapat saman AES.


Seorang lelaki Jepun telah membuat pembedahan untuk membuang kemaluannya dan kemudiannya memasaknya untuk lima orang pelanggan yang berbayar. Dia telah membuat pengiklanan secara online di Twitter yang berbunyi : 

"[Please Retweet] I am offering my male genitals (full penis, testes, scrotum) as a meal for 100,000 yen ($1,250).

I'm Japanese. The organs were surgically removed at age 22. I was tested to be free of venereal diseases. The organs were of normal function.
I was not receiving female hormone treatment. The length at full erection was 16.1 cm [6.3 inches]. First interested buyer will get them, or I will also consider selling to a group. Will prepare and cook as the buyer requests, at his chosen location. If you have questions, please contact me."

Pada hari kejadina, lelaki tersebut Sugiyama, yang telah membuat bayaran sebanyak $12,000 untuk membuang kemaluannya, memasak di hadapan orang ramai termasuk lima orang yang berbayar. Dia masak dengan cendawan dan sayur. Tetapi pada hari kejadian, seorang daripada lima orang ini tarik diri. Lima orang ini terdiri daripada dua orang wanita dan tiga orang lelaki pada usia 22 sehingga 32.


Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. wallahu a’lam