Koleksi Sensasi

Azwan Ali Seronok Jadi DJ Radio


Enggan mengimbau peristiwa lalu, Azwan Ali kini membuka lembaran baru dalam kerjayanya.

Mula berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio online, KLpop Radio, pada 1 Januari lalu, Azwan diberi tanggungjawab mengendalikan segmen, 'Mulut Longkang'.

"Alhamdulillah, rezeki untuk tahun 2013. Pada mulanya, saya tidak menduga dengan tawaran yang diberi kerana tidak pernah terlibat dalam bidang ini.

"Saya tiada pengalaman luas dalam bidang penyampaian radio. Sehingga kini, saya masih melalui proses pembelajaran dan setiap hari saya belajar benda baru," katanya yang dikenali sebagai DJ Adik dalam segmen kendaliannya.

Sepanjang tiga jam ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 tengah hari hingga 3 petang, Azwan memuatkan beberapa pecahan segmen seperti 'segmen Carut', 'Call Pelesu', 'Diva Vazz', 'Jom Insaf', 'Cer Kebaboom' dan 'Twit Boom'.