Koleksi Sensasi

Pemandangan Unik Bilik Tandas


LONDON - Bangunan paling tinggi di Eropah Barat, Shard menyediakan bilik tandas yang unik kepada para pengunjung.

Bangunan setinggi 309 meter itu mengandungi bilik tandas yang mempunyai pemandangan bandar raya London.

Tingkap besar diletakkan di dalam bilik tandas tersebut supaya para pengguna boleh menyaksikan pemandangan di ibu kota United Kingdom ini.

Menurut akhbar dalam talian, MailOnline, tandas tersebut terletak di tingkat 68 dan 69.

Bangunan berkenaan mempunyai 95 tingkat.

Ia akan dibuka kepada para pengunjung pada bulan depan (Feb 2013)

Terdapat 10 unit apartmen di dalam bangunan tersebut yang setiap sebuah berharga £50 juta (RM243 juta).

Bangunan tersebut juga menempatkan ruang pejabat, restoran dan Hotel Shangri-La dijangka dibuka pada musim panas ini.